-Kesultanan dan Empayar
-Gangga Negara,Srivijaya dan Funan
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-Laluan rahsia ke lombong emas
-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman
-ITEMS LOCKED
Kunci rahsia telah hilang!Teruskan bersama
kami untuk mencarinya di MistisFiles!!
------------------------------------------------------------------------
Alter Terahsia Bangsa Melayu 8
"Once upon a time..."
Pada masa dahulu...sebelum kedatangan
etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina) diduduki oleh sukukaum bangsa
Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal
sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan
sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang
terawal,contohnya Mon dan Khmer.Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi
kemungkinan juga Mon dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan
kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi
mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung
hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer itu
berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat
mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU
BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG GLOBAL.Apabila
terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya Melayu
IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum
gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya
bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga
dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya
Khmer).
Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno
Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah
IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari
ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah melenyapkan
kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan kesusasteraan
dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang
menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA.
Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan
Dai Viet adalah fenomena baru sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa Mala
telah menginap dan membina kerajaan di Benua Siam.Kisah penjajahan,perebutan
dan peperangan menghiasi Bumi Siam membuktikan betapa bangsa-bangsa di dunia
sememangnya amat berminat untuk merebut Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan
dan kesuburan.Kedatangan bangsa-bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi
pernyataan ini.Filipina yang dahulunya adalah milik bangsa Melayu telah jatuh
ke tangan Sepanyol.Pulau-pulau Melayu Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai
Belanda.'Golden Chersonese' pula dinaungi Inggeris.Portugis menjajah Timor
selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang tersirat dari semua ini?
Kini jika kita lihat politik di Malaysia
khususnya kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa asing yang lebih terkemudian
mendatang,sedikit demi sedikit mahu merebut Suvarnabhumi ini sekali
lagi.Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap legenda di
Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land of The
East jika mereka masih terus bermimpi.Selepas pelbagai cabaran yang getir
dengan penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang Golden Chersonese
dan Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih mengidam-ngidam bumi emas
yang penuh kekayaan ini.Jika diberi peluang,pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau
Batu Putih pun mereka sanggup bermatian mendapatkannya apatah lagi SEGENTING
KERA kerana sudah terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan
berkali ganda dari seluruh Semenanjung Emas,apatah lagi jika mereka berhasil
merebut Semenanjung Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah Besar
China juga boleh dijana dari sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH SEBENARNYA YANG
TERDAPAT DI SUVARNABHUMI??
Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu
bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya,Sita yang
telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang
menakjubkan digelar SUVARNADVIPA.Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas
yang menakjubkan di situ.Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita
dewa-dewi kayangan Ramayana itu,para Firaun Mesir,secara rahsia mengimport
rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA
ini.Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah
ini,yang digelar...
'THE LAND OF THE GODS'
Kita patanga urga cha meka
Hatva kimi sujjhati makhika cha
Eti hi Dhamma anaryarupa:
Kambojakanam vitaha bahunnan ti:
(Bhuridatta Jataka VI, p 208, trans by Cowell)
Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh
lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati diri,melakukan kesilapan demi kesilapan
atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada
satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua
itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat
menahan cabaran dan dugaan.Jika 'para dewa' pun boleh tewas di tempat
sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan 'Tanah Para
Dewa'
Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah
bangsa Arab yang dahulunya adalah para guru kepada orang Eropah yang berada di
Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita saksikan sekarang.Dahulu,di kota
gedung ilmu,Baghdad...orang-orang Eropah ini tertunduk-tunduk menyalin
sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan Al-Biruni,namun kini
anak cucu mereka yang menjadi canggih dan hebat hasil ilmu dari kota ini telah
melanggar kota ini dan membedilnya malah memalukan penduduknya.
Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak
mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu bangsa Monggol amat digeruni Timur
dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak mengenal penat dan lelah serta
suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol ini boleh buat apabila seorang
rakyatnya dibunuh di sini.Tiada apa yang mampu dilakukan,kerana bangsa Monggol
pada hari ini bukanlah Monggol ketika era Kublai Khan dan Gengkhis Khan.Malah
China juga menekan bangsa Monggol sehingga negaranya sekecil yang ada
sekarang,padahal bangsa ini pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika peristiwa
ini terjadi di zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan
mengarahkan bala tenteranya melanggar Tanah Melayu ini,membunuh para penduduknya,menjarah
tanah-tanahnya,dan membumihanguskan kota-kotanya.Bangsa Turki yang dikurniakan
amanah khilafah selepas bangsa Arab tidak layak lagi memegangnya,pernah
menakluk empayar yang amat luas dan punyai kekuatan ketenteraan yang hebat
sehingga bangsa Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang 30 Tahun (The
Thirty Years' War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya semua
itu memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong
pemimpin yang anti-Islam.
Kita boleh menyelusuri sejarah tamadun Melayu
seawal kerajaan Funan dan Champa (pasti ada yang lebih awal tetapi masih dalam
kajian),sejarah penubuhan kerajaan mereka yang lebih awal dari sejarah
Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan mereka dan kejatuhan mereka.Kita
belajar dari sejarah kita di sana yang diyakini 94% orang Melayu hari ini tidak
tahu langsung tentang tamadun mereka yang hilang di IndoChina dan menganggap
Vietnam dimulakan oleh orang Viet,Thailand dimulakan oleh orang Tai,Burma tidak
ada warisan Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang Khmer.Kita
belajar bagaimana mereka membina negarakota-negarakota sebagaimana
Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan
mereka,serta betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan di The
Land of The Gods.
Funan
“A culture is made...or destroyed...by its
articulate voices.”
(Ayn Rand,Russian born American Writer and
Novelist, 1905-1982)
Kerajaan ini sempat dikesan kerana terdapat
dalam rekod-rekod Cina.Kerajaan Melayu Funan bukanlah kerajaan orang gua yang
membina ran di atas pokok,tetapi kerajaan hebat yang menjalankan urusniaga
sehingga ke kota-kota Rom dan Yunani berdasarkan artifak-artifak Eropah Kuno
yang dijumpai di Vietnam.Rekod-rekod Cina menyebutkan kerajaan ini sebagai
Funan atau B'iu-nam dan kewujudan telah disedari seawal abad pertama
Masehi.Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China sekitar 221-280 Masehi dan
hilang pada abab ke-7 Masehi.Mengikut Briggs (L.P.Briggs;1999:12) ada kemungkinan
Funan hilang dari sejarah sekitar tahun 627 Masehi atau tidak lama selepas
itu.Kewujudan kerajaan purba ini cuma dikesan melalui sumber-sumber Cina dan
sejumlah prasasti-prasasti yang ditinggalkan.Di samping menggunakan nama-nama
Sanskrit,raja-raja negeri ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Sailenraja
atau 'Raja Gunung'.Dalam bahasa tempatan ia digelar 'kurung bnam' yang juga
bermaksud 'raja gunung'.Bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu (D.G.E
Hall;1979:34)
Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong,namun
kawasan pemerintahan meliputi selatan Vietnam,lembah tengah Mekong,lembah Chao
Phraya dan Semenanjung Tanah Melayu.Walaupun kota dan pelabuhan utamanya,Oc-Eo
terletak di pinggir Teluk Siam,akan tetapi ibukotanya Wijayapura (Wyadhapura)
terletak lebih kurang 200 km dari laut berhampiran bukit Ba Phnom.
Perkhabaran pertama tentang kerajaan Melayu Purba ini diperoleh daripada
tulisan perwakilan Cina yang melawat negara itu sekitar pertengahan abad ke-13
Masehi.Perwakilan itu terdiri daripada K'ang T'ai dan Chu Ying.Menurut laporan
K'ang T'ai,yang dikutip oleh T'pai P'ing Yu Lan (ditulis antara 977-983
Masehi),raja pertama Funan adalah Houen-Chen (Hun-T'ien) atau nama Sanskritnya
Kaundinya.Dikatakan beliau datang dari India ataupun dari Tanah Melayu atau
dari Kepulauan Indonesia pada hari ini.Legenda tempatan menyatakan bahawa
Kaundinya telah berkahwin dengan seorang Wanita bernama Daun Teratai atau dalam
rekod Cina disebut Liu-Yeh.Selepas itu dikatakan Kaundinya ini menjadi raja.
Dalam rekod Dinasti Chin ada menyebut tentang Funan ini:
Lebar wilayahnya 3000 li,Terdapat kota-kota bertembok,istana dan rumah
di dalamnya.Lelakinya hodoh dan hitam,rambut mereka keriting.Mereka
mundar-mandir tanpa pakaian dan berkaki ayam.Mereka hidup secara mudah dan
tidak mencuri.Mereka menjalankan pertanian.Disamping itu mereka gemar mengukir
perhiasan dan memahat.Banyak pinggan-mangkuk yang mereka gunakan untuk makan
diperbuat dari perak.Cukai dibayar dengan emas,perak,mutiara dan minyak wangi.Mereka
mempunyai buku,arkib dan sebagainya.Tulisan mereka menyerupai tulisan
Hou.Perkahwinan dan upacara pengebumian mereka pada keseluruhannya sama dengan
yang terdapat di Lin-yi. (B.R Chatterji;1964;18)
Namun dalam versi lain yang tertulis dalam inskipsi Champa ada
mencatatkan seorang Brahmin bernama Kaundinya telah berkahwin dengan seorang
puteri bernama Soma,anak raja naga.Daripada keturunan merekalah Funan dan
segala takluknya diperintah.
Sebelum kedatangan pengaruh India,kedudukan wanita dalam masyarakat agak
tinggi,malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita menunjukkan budaya
Melayulah paling toleran dan amat demokrasi berbanding budaya-budaya lain.Satu
contoh lain yang terkenal adalah Ratu-ratu Pattani yang digambarkan dalam filem
Queens of Langkasuka.Di dalam legenda Funan ada menyebutkan
bagaimana Liu-Ye seorang raja perempuan Funan telah memimpin sekumpulan
pelaut Melayu menyerang kapal-kapal perdagangan yang melintasi laut mereka.
Kerajaan Funan inilah yang dapat dikesan setakat ini sebagai tamadun
rumpun Melayu yang pertama (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad
ke-6M) atau jika hendak dikembangkan lagi atas nama Kerajaan Chenla
(mengenangkan pengasasnya memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat
pemerintahan Kerajaan Funan ialah di Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh
sekarang, yang dihubungkan dengan terusan ke sebuah pelabuhan bernama Oc-eo
atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi Long Xuyen. Kerajaan Funan merangkumi
sebahagian besar Indo-China sekarang hingga ke negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M hingga ke-6M seluruh Thailand
Selatan dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di
bawah Funan. Nama Kerajaan Funan ini sekaligus memberi makna “Melayu” itu sendiri.
Perkataan Funan itu ialah ejaan bahasa Melayu moden kepada transkripsi bahasa
China abad wujudnya Funan itu: Founan, Fou-nan atau Fou-Nan yang merujuk kepada
Phnom bahasa “Melayu”-Mon-Khmer purba yang dalam bahasa Melayu kini ialah
“Gunung”. Perkataan Phnom itu hidup sampai sekarang di Kemboja seperti pada
nama ibu negaranya sekarang, Phnom Penh, itu yang jika diistilahkan dalam
bahasa Melayu sekarang ialah “Gunung Banang” (“Gunung Banang” amat popular
dalam puisi, nyanyian dan lagenda Melayu sehingga menjadi judul lagu asli,
mungkin kerana nostalgia Melayu kepada Phnom Penh dan adanya legenda Melayu
kononnya seorang adik Puteri Gunung Ledang itu namanya Puteri Gunung Banang
yang diam di Gunung Banang di Johor). Ini menunjukkan bangsa yang berkerajaan
di Kemboja itu ialah bangsa Uran Phnom (Orang Gunung; perkataan uran ialah
transkripsi perkataan “Melayu” purba yang sudah ada di prasasti Campa abad
ke-4M dalam aksara Hindia Palawa itu) yang disebut dengan pelat/loghat Chinanya
sebagai Orang Funan. Apabila keturunan raja Funan ini lari dari Kemboja dan
menubuhkan kerajaan barunya di Jawa Barat, maka kerajaan baru itu dinamai
Sailendra (abad ke-7M hingga ke-8M) kerana ingin juga merujuk kepada
asal-usulnya, “Orang Gunung” itu, kerana perkataan Sailendra/Silindra itu pun
memang bermaksud “Tuan Mulia Orang Gunung”, malah ada istilah “Sailaraja” yang
bermaksud “Raja Orang Gunung”.
Berkata perihal 'Bangsa Gunung',satu lagi bukti tentang orang Melayu
asalnya “orang Gunung” ialah daripada tulisan Manansala,seorang sarjana
sejarah.Beliau mencatat satu sumber China abad ke-3M lagi yang mengandungi
rujukan kepada bangsa Melayu ini sebagai Kunlun dalam ungkapan Kunlun-po yang
bermaksud “kapal Orang Gunung” (po ialah sebutan China kepada perkataan “kapal”
sekarang; manakala kunlun itu satu lagi lafaz China dahulu (loghat/dialek lain)
kepada pnom/phnom atau “gunung” itu, selain daripada Funan itu. Kapal Kunlun
ini diperihalkan oleh sejarawan China abad ke-3M yang bernama Wan Chen yang
katanya sampai kadang-kadang 200 kaki (sekitar 60m) panjang dan setinggi 20
kaki (sekitar 6m), dan boleh bermuatan sehingga 600-700 orang dan kargo seberat
sehingga 900 tan (Fakta ini memang selalu dipetik oleh para pemuka teori
“Budaya Gelombang” termasuk Geldern bagi membuktikan kemampuan berlakunya
penghijrahan orang dahulu kala mengharungi lautan-samudera raya sekalipun,
walaupun kesimpulan yang lebih pentingnya, ialah betapa tingginya tamadun
rumpun Melayu sejak abad ke-3M lagi itu yang sekaligus membayangkan kehebatan
ilmunya termasuklah kepemimpinan dan kepengurusannya. Kapal sebegini masih
dapat disaksikan lukisannya di dinding candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa
Tengah, iaitu hasil binaan arkitek rumpun Melayu zaman Sriwijaya dan Sailendra
abad ke-8M itu, yang mendahulu Wat Angkor di Kemboja itu. Candi Borobudur ini
dianggap satu daripada benda ajaib di dunia, malah segi seni binanya lebih
ajaib daripada piramid/ahram itu. Catatan sarjana China terkenal abad ke-7M
bernama I-Ching (yang berada di Palembang beberapa tahun untuk menyalin
kitab-kitab yang diminatinya dalam bahasa Melayu purba atau kuno ini), dengan
jelas merujuk bahasa dan bangsa di Palembang itu sebagai bahasa dan bangsa
Kunlun juga . Pengkaji sejarah Malaysia umumnya menggunakan istilah “Melayu
purba” dan “Melayu kuno” (iaitu “ancient Malay”) dengan maksud yang sama, iaitu
untuk rumpun Melayu dari abad ke-2M hingga abad ke-12M (kedatangan Islam).
Lebih awal daripada sumber China ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah
tulisan orang Yunani dalam abad pertama Masihi, Periplus Maris Erythraei, yang
diterjemah kepada Inggeris 1912 sebagai The Periplus of the Erythraean Sea
(Pelayaran ke Lautan Hindia) yang diterbitkan oleh Longman dan baru-baru ini
diberi ulasan lagi oleh Casson terbitan Princeton Univ. Press 1989 ada memerihalkan
kapal-kapal dari tempat yang dinamainya Chryse di Kepulauan Melayu ini dan
kapal itu dinamainya Kolan-diphonta atau terjemahan harfiahnya “kapal-Kolan”,
dan perkataan Kolan itu ialah versi Yunani kepada versi China, Kunlun itu.
Mengikut sumber China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah
Fan-shih-man (205M-225M), Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan
Chan), Fan Chan (225M-330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu
Jayavarman I, yg memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M
dan dianggap raja Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya (Hindu
dan prasasti), terdapat beberapa orang raja Funan lagi seperti Chandan yang
memerintah sekitar 350M, Bhavavarman I sekitar 560M-570M dan Isanavarman (616-635M),
walaupun sesetengah ahli sejarah mengatakan Bhavavarman I dan Isnavarman ialah
raja Chenla, kerana dalam tempoh itu Chenla dan Funan dalam proses penyatuan,
penyerapan atau pendominasian seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman
dianggap menawan Funan pada 628. Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke-5M),
Empayar Funan merangkumi delta Mekong (sebahagian besar daripada Kampuchea dan
Vietnam sekarang yang masa itu dikenali sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian
besar Thailand sekarang (masa itu terkenal dengan Siam), Myanmar Selatan
sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia sekarang yang pada
masa itu dikenali sebagai Langkasuka.
Keagungan Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China
mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke China
480M), dan Madrasena (sarjana yang diutus ke China pada 503M) untuk menjadi
pensyarah kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan China.Lihat,dahulu bangsa
Melayu adalah bangsa yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sehingga Emperor
China pun terpaksa meminjamkan sarjana Melayu untuk mendidik bijak pandai
mereka.
Tidak hairanlah ketika era Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di
China tidak lengkap jika tidak mendapat pengiktirafan dari universiti-universiti
Srivijaya.
Pengganti kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla
namanya, tetapi mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun
agaknya), malah raja Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah cucu
raja Funan bernama Rudravarman yang hebat itu. Agaknya Bhavavarman I sedar akan
kemungkinan besarnya yang beliau tidak mungkin menjadi raja Funan, maka beliau
pun berkahwin dengan seorang putri raja Chenla (negeri di daerah Laos sekarang
tetapi dewasa itu di bawah naungan Funan) yang bakal menjadi raja kerana
ketiadaan putra raja, dan seterusnya beliau menjadi raja Chenla itu sehingga
mampu menawan Funan pula. Dengan kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal
daripada keluarga raja Funan tetapi dipengaruhi oleh permaisurinya) mula menghakis
kebudayaan Funan dengan men-Chenla-kan (meng-Kambuja-kan?) kerajaan Funan
sehingga pada zaman raja Funan-Chenla bernama Isnavarman itu dikatakan berjaya
sepenuhnya dalam penyatuan Funan dengan Chenla dengan penubuhan ibu negaranya
yang baru bernama Sambor sekitar 40Km drp Angkor. Tidak hairanlah tarikh
penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu seringlah dianggap tarikh kejatuhan
Funan dan bermulanya kerajaan baru, kerajaan Chenla, yang berupa tunas
pembentukan kerajaan Khmer purba yang dikenali sebagai Kambujadesa dan
kemudiannya dirujuki oleh ahli sejarah barat sebagai Empayar Angkor.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh
sebuah negeri peufti Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla
mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula
dikenali pada 613M apabila ibu negaranya berpindah ke Isanapura di Sambor Prei
Kuk di daerah yang kini dinamai Kampong Thom di Kampuchea. Namun kerajaan baru
ini tidak dapat bertahan di pesisiran pantai kerana serangan orang-orang dari
Malaysia dan Indonesia sekarang yang mereka merujuknya sebagai Jva sahaja (sama
seperti Arab menyebut orang Jawa atau Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari
kerajaan Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa yang sedang menjadi kuasa besar
pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan Sailendra ini diasaskan oleh raja
Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja Chenla itu. Oleh itu
kerajaan Chenla/Kambuja pengganti Funan itu mengundur ke bahagian pedalaman
Kampuchea sekarang dan membina kekuatan di situ bermula daripada seorang
rajanya yang bernama Jayavarman II (sebenarnya seorang raja warisan daripada
raja Kambuja atau Chenla yang menjatuhkan Funan dahulu, malah Jayavarman I
ialah raja Funan 478-514) yang apabila berjaya memperkuatkan takhta kerajaannya
lalu mengisytiharkan dirinya sebagai deva-raja pada 802 dan memerintah sehingga
834. Jayavarman memang bermakna “pelindung yang berjaya”. Ada ahli sejarah
menganggap beliaulah raja tamadun Khmer purba yang pertama yang juga sering di
rujuk sebagai raja Tamadun Angkor yang pertama, atau pelandas/pembangun Tamadun
Angkor.
Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah rajanya yang bernama
Jayavarman I sekitar 750M. Tidak hairanlah ahli-ahli sejarah Kampuchea
menganggap kerajaan Funan itu sebagai kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau
pra-Angkor, kerana tamadun Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan
berkemuncakkan dengan Tamadun Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal
dengan binaan Wat/Vat Angkor pada abad ke-12M yang terkenal sebagai satu
daripada benda ajaib dunia, walaupun secara rasminya nama Kambujadesa ini
mungkin sekali bermula pada pertengahan abad ke-10M sahaja, iaitu zaman Raja
Khmer purba yang bernama Rajendravarman seperti yang diterangkan sebelum ini. Namun
sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa atau Kambuja (dengan ejaan
Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja kerana masalah perubahan
ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu dipakai antara 9M hingga 13M.
Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja, yang mengikut ejaan Rumi Melayu-nya,
Kemboja, dan ejaan yang dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah seperti
Kamboja, Cambodia, Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan dengan
Funan dan kerajaan rumpun Melayu purba. Tamadun Funan dengan tamadun Angkor
memang akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar dibezakan
seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan
persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun Funan
sebagai tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula mengaitkannya dengan
tamadun-tamadun Mon-Khmer purba selepas itu (Kambujadesa dan Angkor), mungkin
semata-mata kerana bahasa Mon-Khmer dikatakan serumpun dengan Orang Asli
Malaysia seperti Sakai itu, iaitu bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu
dikelaskan sebagai bahasa Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu
sebagai bahasa Austranesia tetapi bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut.
Jika dihitung prasasti yang dirakamkan oleh Majumdar (1953), zaman
kerajaan Funan-Chenla ada meninggalkan 200 buah prasasti (batu bersurat) yang
80 daripadanya dalam bahasa Mon-Khmer purba yang dikatakan ada hubungan dengan
bahasa Melayu Purba itu dan yang tertuanya bertarikh 531 Syaka/Saka/Shaka (=609M).
Prasasti zaman Funan sebenar (sebelum abad ke-6M) dianggarkan oleh Muhammad
Alinor (pengkaji gigih tamadun Funan di UKM) hanya sebanyak 11 buah yang juga
dalam bahasa Sanskrit dan Mon-Khmer. Di antara prasasti Funan-Chenla itu ada
simbol sifar yang tertua tarikhnya (awal abad ke-7M) dan sekaligus kita boleh
menyimpulkan sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia wujud pada prasasti
zaman tamadun Funan-Chenla ini kalaupun bukan zaman kerajaan Funan
sebenar-benarnya. Walau bagaimanapun, setakat ini, yang jelasnya bahasa pada
prasasti Funan itu ialah Sanskrit dan Mon-Khmer sahaja, walaupun mengikut
Sharan (1974) Funan ada bahasanya sendiri (rumpun Melayu?) yang menggunakan
aksaranya sendiri (dipercaya diperkenalkan oleh Saka atau Syaka, seorang
Brahmin India di Funan) yang berasaskan aksara Sanskrit itu.
Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian tersendiri
(termasuk impot-ekspot), dan perakaunan yang cukup mantap. Sebahagian daripada
kemampuan ini ialah kerana ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya
yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua
di dunia (selewat-lewatnya pada awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di
atas, dan besar kemungkinannya dalam abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada
sistem angka Muslim atau Hindu yang biasanya dikatakan tertua di dunia itu.
Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7 Masehi yang dilakukan
oleh Sharan (1974) itu sedikit-sebanyaknya dapat juga memberikan gambaran lebih
terperincinya lagi akan pencapaian pengurusan dan pentadbiran Funan, walaupun
kajiannya semuanya berasaskan prasasti Kambuja yang dalam bahasa Sanskrit
sahaja. Kajian sepertinya untuk prasasti dalam bahasa Mon-Khmer purba itu
nampaknya belum dilakukan hingga kini.
Champa
"Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
Sebuah lagi kerajaan rumpun Melayu purba yang sebahagian tempoh
kewujudannya selari dengan Kerajaan Funan ialah Kerajaan Campa di Vietnam yang
tidak kurang dilupai oleh orang rumpun Melayu kini walaupun kewujudannya terus
berlarutan serentak dengan zaman kesultanan Melaka hingga abad ke-15M
(akhir-akhir abad ke-2M hingga pada 1471). Pelarian orang Champa inilah yang
kini menjadi orang Champa di Kemboja itu dan lamanya orang Campa ini di Kemboja
itu dan hampir sudah tiadanya orang Campa di Vietnam itu menjadikan orang
Champa kini dikenali sebagai orang Kemboja sahaja. Jika bahasa bagi orang Funan
itu tidak begitu jelas ke-Melayu-annya kerana prasasti Funan yang dijumpai
setakat ini sama ada bahasa Sanskrit, bahasa Mon (peribumi Indocina yang
kebanyakannya di Kemboja, Myanmar dan Thailand Utara) atau Khmer sahaja, tetapi
ke-Melayu-an bahasa Campa hampir tidak dipertikaikan lagi. Hubungan bahasa Mon
dan Khmer itu dengan bahasa Melayu dikatakan samalah dengan hubungan bahasa
Melayu dengan bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Lihat umpamanya
pandangan Wilkinson 1911), tetapi bahasa Melayu Campa memang sudah diperakui
sebagai bentuk bahasa Melayu Purba/Kuno atau satu daripada loghat/dialek bahasa
Melayu, yang banyak perkataannya masih hidup dan sama atau dapat dikenali
hingga sekarang (lihat umpamanya kamus bahasa Campa-Melayu oleh Po Dharma
2000).
Champa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika
dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian
tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina
sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang
Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa terletak
di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai laut China Selatan (sebelumnya
dipanggil: Laut Champa) dan dataran-dataran tinggi di barat tanah rata2. Kini
kerajaan Champa telah dipadam dari peta dunia sejak tahun 1832 oleh seorang
maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh.
Penduduk kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami
kawasan persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang
tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan
rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Chamik. Ia terdiri dari orang Cham
sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok yang terdiri
daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar. Mereka dari rumpun
Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.
Campa meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam
bahasa Melayu (Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43
buah prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan Campa itu
dan dijumpai di Vietnam. Prasasti yang tertuanya dalam bahasa Melayu itu
bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di prasasti itu terpancar adanya pemerintahan
Melayu yang bersistem di Vietnam itu. Prasasti tertua zaman Kerajaan Campa itu
yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ialah yang bertarikh 192M. Hampir semua
prasasti ini sudah ditranskripsi ke Rumi dan diterjemah kepada bahasa Perancis.
Dalam Majumdar terdapat 130 buah manuskrip yang diterjemah kepada kepada
Inggeris. Hanya sedikit sahaja yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu kini.
Status mutakhirnya mengikut para ilmuwan sejarah Malaysia seperti Shaharir Mohd
Zin dan Mohammad Alinor Abdul Kadir,prasasti Campa yg ditemui hingga kini ialah
berjumlah 205 buah: 109 dalam Melayu Campa, 29 bahasa campuran dengan Sanskrit
dan 23 buah yang belum diketahui bahasanya. Prasasti Khmer purba pula sekitar
seribu buah: 45% drpnya dalam bahasa Khmer purba, 30% Sanskrit dan selebihnya
bahasa campuran Khmer-Sanskrit. Usaha sedang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik etnomatematik di INSPEM, UPM untuk menterjemah semuanya kepada
bahasa Melayu kini. Sebenarnya orang-orang Campa masih menulis walaupun selepas
negaranya hancur. Malah mengikut Mohamad Zain (1993), seorang keturunan Campa
sendiri dan kini menjadi pensyarah sejarah di UKM menyatakan ada 438 buah
manuskrip Campa (dalam aksara Jawi, aksara Campa dahulu atau aksara Vietnam)
yang tersimpan di beberapa buah perpustakaan di Perancis terutamanya di EFEO
(Ecole Francais d’Extreme-Orient). Perkembangan terbarunya, ada dilaporkan
terdapatnya manuskrip lain lagi di AS dan UK yang menambahkan lagi bilangan
ini.
Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana
kehebatannya) ialah Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M.
Raja-Raja Campa yang lain ialah (mengikut Internet 1.11) terdapat lima raja
sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284-336M), Fan Wen
(336-349M) dan Fan Fo (349M-?). Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan
beberapa orang bernama Fan lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh
beberapa lagi termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau
Vikrantavarman I & II (653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M,
menyerang Vietnam Utara 1068M)…… Jaya Simhavarman I (898M), II (1030-1044M),
III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh
China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M)…….Che Bong Nga (1360-1390M, raja Campa
terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya Simhavarman Sri Harijatti atau La
Ngai oleh Vietnam (mati 1400) ……P’an-Lo T’ou-T’siuan (1460-1471, tahun 1471
ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja Vietnam Le Loi sehingga 40
ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir keluar Vijaya).
Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan
jirannya dari utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama
antara kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina
berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet
(Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan. Dalam
proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali Nam-tien iaitu
kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa terpaksa berpindah buat
kali pertama pada tahun 1069.
Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun
1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu
apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan
pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini
dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar
dari 90 000 orang Cham telah terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara
Viet.
Walaupun
pada tahun 1478M, raja Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam selatan sekarang, di
Kauthara dan Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China, namun
keadaannya “hidup segan mati tak mahu” sahaja. Kerajaan Campa baru ini
dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat hubungan baik
dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini seperti Kerajaan Melaka,
dan Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh Vietnam, raja Campa Islam bernama Po
Klau Halu (1579-1603M), masih mampu menghantar pasukan tenteranya membantu
kerajaan Johor menentang Portugis. Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi
sehingga hanya tinggal di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat
peperangan saudara kerajaan Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan
rajanya Po Cei Brei pada 1802M bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea.
Raja Campa di Panduranga sejak itu berupa patung kerajaan Vietnam sahaja.
Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam cukup acap kali berlakunya tetapi
yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir besarnya) ialah pada
1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan nasionalis Ja Thak Va.
Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan riwayat penentangan Campa di
Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan orang-orang Campa (bersama-sama
dengan peribumi Indochina yang lain) berjaya membentuk pakatan pemberontakan
yang bernama FLM=Front de Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan
Penghuni Gunung 1955 dan menukar namanya kepada BAJARAKA =
Bahnar+Jarai+Rade+Kaho (nama suku-suku kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu
dengan beberapa barisan pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de
Liberation du Champa = Barisan Kebebasan Campa yang ditubuhkan oleh Kol. Les
Kosem, Kolonel Cam di Kemboja lalu menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des
Races Oprimees = Gabungan Barisan Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963.
Barisan kebebasan Campa ini melancarkan beberapa kali pemberontakan di Vietnam
selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain dan Nik Hassan Suhaimi 2004, dan Po
Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi di kawasan pergunungan di Vietnam
Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami khas oleh orang-orang Campa
(mendapat perlindungan) pada masa pemerintahan Perancis di Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh
kerajaan Vietnam sejak pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan pelarian
Vietnam Utara pada 1955 dari tekanan komunis.
Pemberontakan FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan
Kemboja ialah pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali
pemberontakan FULRO di bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya
merampas wilayah pergunungan Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer
Rouge berjaya menawan Kemboja dan Jen. Les Kosem pun lari ke Perancis dan semua
pemimpin FULRO yang lain ditangkap dan dibunuh bersama-sama ratus ribuan, malah
dilaporkan jutaan, orang Khmer, satu pembunuhan beramai-ramai yang bersistem
dan terkenal itu, tetapi tidak begitu dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu
ini kerana kepekaan rumpun Melayu ketika itu pun kepada orang Campa sudah
hampir tiada, atau tidak setinggi terhadap Melayu Patani lagi. Pada 1979 Khmer
Rouge memaksa FULRO yang diketuai Kpa Koi bersatu dengannya untuk melawan
Komunis Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada 1994, tetapi FULRO tiada mendapat
apa-apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi! Selepas itu FULRO meminta
Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke Amerika Syarikat dan terus
berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di Vietnam Tengah (dengan sokongan
FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan Vietnam memerintahkan penghapusan total
kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa ini lagi lari ke Kemboja lagi
dan meminta izin Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11
April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan
Hanoi menghancur-leburkannya. Sedihnya berita-berita pemberontakan ini langsung
tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap rumpun sendiri itu sudah
lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya nasionalisme sempit kita
ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH BUTA SEJARAH DAN BERPECAH
BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari
rumpun yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.
Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang
terbayang daripada kewujudan jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan
adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya
unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan
sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan
umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama dengan 10 kaki atau
sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit
berat tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih dipakai hingga
sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca
drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau
tei untuk emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi
tahil juga), karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian
unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20
tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan
moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku sekurang-kurangnya sejak
abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang agak lengkap ini tidak
menghairankan apabila mengenangkan Campa juga, bersekali dengan Kerajaan
Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka perpuluhannya
dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat
Fazura 2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam
abad ke-12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M
Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam
upacara kematian yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang
walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar secepat
mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas
kematian, raja selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang datang membakar jostik
dan menangis lagi pada abu mayat dan ini diulangi 7 kali setiap minggu sekali,
pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka membuat upacara mengingatkan
kematian itu lagi.
Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin
besarnya yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang
dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman
kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja Bharavarman
I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.
Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut
mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun
Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini
mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana
sebagaimana yang dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan
pengetahuan yang terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh
menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara
Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu
penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.
*Cham Albanian
*Cham Vietnam
*Cham Cambodia
Bangsa-bangsa di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang
dahulunya adalah bangsa yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina
negarakota yang kaya raya,tetapi akhirnya terpadam dari peta sejarah,bangsanya
hanya kelihatan dalam buku-buku sejarah dan dilupakan.Inilah yang terjadi
kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia dan Hittite sekadar menyebutkan
beberapa nama.Antara bangsa yang pernah hidup dikalangan bangsa-bangsa yang
dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.Kita boleh pelajari bagaimana
bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar pada hari ini sampaikan boleh dinamakan
Dunia Arab jika tidak kerana rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah
s.a.w.Jika bangsa Arab kekal berdasarkan gaya hidup jahiliah,kemungkinan besar
kini bangsa Arab juga hanya muncul dalam buku-buku sejarah dan seluruh
semenanjung Arab itu mungkin di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN
BERASIMILASI INILAH YANG MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG BERLAKU PADA
BANGSA MELAYU.Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana mereka pernah
berkerajaan seperti Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya pada era pemerintahan
Nabi Daud a.s dan nabi Sulaiman a.s,Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samaria dan
Kerajaan Judah/Judea.Kerajaan mereka juga telah dibumihanguskan malah rakyatnya
dibunuh atau dijadikan hamba malah sebahagian lagi dibuang ke daerah-daerah
jauh hingga dinamakan The Lost Tribe of Israel.
Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan
negarakota-negarakota Melayu lain di Indochina.
Sekiranya bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah
negara,kemungkinan besar mereka boleh maju setanding malah lebih lagi daripada
Iran dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika dikatakan bangsa Khmer itu mewarisi
kehebatan dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah keadaan Kemboja pada masa
kini jika dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah
peperangan,kemiskinan,kemelesetan ekonomi,penindasan adalah warna-warni negara
ini,dan hanya pelanconganlah harapan ekonomi Kemboja terutamanya Angkor Wat
kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu Funan yang direnovasi oleh
kerajaan-kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya terdapat banyak hasil bumi lain
tetapi tidak dapat dimajukan.Adakah ekonomi Vietnam mencapai tahap gergasi
sehingga ramai orang Bangladesh atau Indonesia beramai-ramai menyerbu negara
itu atau adakah rakyat Malaysia beramai-ramai mencari kerja hatta sesuap nasi
di negara yang bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika
juga!REALITINYA TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi
orang hanyut untuk bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab
berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The Golden chersonese.Pelancongan juga
adalah salah satu industri Vietnam dan orang-orang luar berduyun datang ke
Vietnam ingin melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu Champa
terutamanya di My Son yang menjadi warisan Vietnam dan dibanggakan oleh orang
Vietnam itu.Apa yang terjadi kepada Laos,yang pernah diberi ulasan oleh seorang
wartawan Perancis yang mencatatkan kehidupan orang Laos tidak berubah seperti
zaman sebelum Perang Dunia Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi
semakin lembab di bawah junta tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal
adalah mungkin hanya isu Aung San Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit
seiring negara-negara membangun Asean yang lain,tetapi sepatutnya negara yang
dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-negara Asean yang lain
yang menderita di bawah Imperialisme Barat.Kini keadaan Thailand juga boleh
bergolak bila-bila masa,sehingga Perdana Menterinya juga digulingkan oleh
tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil kuasa tentera akan semakin
kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang terjadi di Myanmar dan
Turki.Keadaan semakin tidak terkawal sehingga rakyat Thai keturunan Cina mampu
juga berarak beramai-ramai berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang
tidak disukai mereka.
Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari
Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan
rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini
masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pelbagai
cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri
sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan
lawan mereka.Ada di antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah
bangsa Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang
mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri Melayunya
terdiri daripada Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Minang dan pelbagai lagi
malah malah Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu
Minangkabau.MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT
OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.
Indonesia secara kasarnya dikuasai oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang
sebenarnya memegang kekuasaan sama ada secara langsung atau disebalik tabir
bagi pembinaan apa yang dinamakan 'bangsa Indonesia'.Ibukota Indonesia ialah
Jakarta,terletak di Pulau Jawa yang lebih kecil dari Sumatera.TETAPI ANEHNYA
MENGAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA
INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???
Ini kerana kaum Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang
lain,dan tamadun mereka juga sudah biasa menggunakan bahasa Melayu sebagaimana
Empayar Srivijaya dan Majapahit.Mereka menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG
LAYAK MENJADI BAHASA PENYATUAN SELURUH NUSANTARA.Setiap etnik-etnik Melayu ini
mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa dengan
bahasanya,Banjar dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan
bahasanya,Kedah dengan bahasanya.
NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG MENJADI
BAHASA PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI.
Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di
Eropah pada masa dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan
dan ilmu pengetahuan,walaupun orang Inggeris dengan bahasanya,Perancis dengan
bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu juga di India.Adakah
semua orang India faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA SEKALI.Malah bahasa ini
mengalami kepupusan di negaranya.Bahasa Sanskrit adalah bahasa kaum Elit,bahasa
Istana dan bangsawan.Kaum Sudra atau Parya yang ingin membaca malah mahu
mendengar sahaja isi Veda dalam bahasa elit ini akan dihukum
sekeras-kerasnya.Namun orang-orang Melayu Srivijaya bebas berbahasa Sanskrit
sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-fakulti pengajian
Sanskrit di Sumatera sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang belajar
dari orang Melayu.
Lihat,orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit
selama 52 tahun sahaja membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat daripada
bangsa yang mewarisi tamadun dan tinggalan Melayu di IndoChina,manakala saudara
serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih maju dari
bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indochina ketika era Srivijaya dan
Majapahit.MENGAPA KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB BERBANDING NEGARA-NEGARA
ASIA TENGGARA YANG LAIN??
Di Malaysia, sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan
kepada orang Melayu yang dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat mentadbir
dan mengawal suasana politik dan sosial dengan baik,dari sini pertumbuhan
pelaburan dan ekonomi pun meningkat.Mungkin ada yang membandingkan dengan
Singapura,namun Singapura hanya layak dikatakan sebagai 'negarakota' dimana
seluruh kekayaan ekonominya termampat dalam pulau sekecil itu.Bayangkan jika
Terengganu sahaja menggunakan segala kekayaan minyaknya untuk membangunkan
ekonominya,negeri ini sebenarnya mampu lebih kaya dari Selangor dan Kuala
Lumpur malah tidak mustahil seluruh Malaysia.FIKIRKAN,jika pemimpin-pemimpin
Melayu tidak pandai mengawal sosio-ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei
akan berlaku saban waktu akibat ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia.
Kita lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk
Uighur mengamalkan agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis ini
ditahap paranoid Selesema Babi apabila melarang umat Islam Uighur di Xinjiang
berpuasa dan bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi mereka mencapai
tahap kronik apabila sengaja membuka jamuan makan percuma ketika tengah hari
ketika Ramadhan untuk penduduk Islam dan membuat peraturan rimba memaksa orang
Islam menyertai makan percuma itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa
menjalankan operasinya pada waktu siang.
Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi
di akhir zaman nanti adalah negara China.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum
(di China dan
Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan
tidak akan terjadi kiamat
sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”
(Ibnu Majah)
Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum
yang matanya sepet
dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka
bagaikan perisai yang
dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat
perisai dari kulit dan
mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”
(Ibnu Majah)
Apakah yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan
pengebumian mayat orang Cina dengan alasan mengganggu orang awam dan
lalulintas??Gendang kematian orang Cina juga boleh dijadikan alasan
membingitkan telinga.
Di sini rakyat asing mampu menghina malah menyaman Sultan,raja
orang-orang Melayu.Jika di Thailand,mereka ini sudah lama dipenjarakan dan
diseksa di dalam penjara.
ORANG MELAYU ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN BERSIKAP
MENGALAH.PERASAAN MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU DIAGAK.NAMUN SAMPAI SATU
TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT.
JIka kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa
negara-negara yang dimiliki umat Islam di seluruh dunia kebanyakan telah
disediakan sumber kekayaan;setidak-tidaknya EMAS HITAM.Petroleum,adalah
anugerah Tuhan kepada negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara
Arab.Tidak terkecuali negara-negara Melayu.Contoh yang paling popular adalah
Brunei Darussalam.Namun negara-negara Melayu ini lebih bertuah lagi kerana
disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral selain petroleum.Ambil contoh
Malaysia,negara ini mempunyai kedua-dua EMAS iaitu 'emas hitam' dan 'emas
kuning'.Selain itu,Malaysia mempunyai mineral-mineral lain seperti tembaga,besi,bauksit,batu
kapur,kaolin dan bijih timah.Simpanan bijih timah terbesar di dunia adalah di
Lembah Kinta di negeri Perak.Malaysia juga memiliki simpanan arang batu dan gas
asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU JUGA DAPAT DIJADIKAN
PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah nilai dan dapat
menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah sebuah gunung di
Pahang dan gunung itu telah menjana kekayaan yang bagai tidak habisnya kepada
keluarga Lim Goh Tong itu.Ada orang menggelarnya 'Dewa Gunung'.
Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa 'homeland'
Melayu ini digelar 'The Land of The Gods'
Loh Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya
mendapatkan hak mengedar motor Honda di Malaysia.Selepas itu beliau telah
menjumpai lubuk kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga dikatakan separuh dari
Pulau Pinang itu adalah miliknya.Ada orang menggelarnya 'Dewa Motorsikal'
'Dewa Gula' Robert Kuok rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Begitu juga
'Dewa Telekomunikasi' Ananda Krishnan.Namun dewa yang seorang ini masih mahu
membeli kelab bawahan Liga Inggeris yang sudah tentu akan menghabiskan jutaan
dollar daripada membantu kaumnya yang semakin lama semakin dihasut pengganas
LTTE yang mengambil kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka
mewujudkan jurang antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan
filem-filem Tamil.
Di India saban waktu golongan Paryar ataupun istilah kini,Dalit ditindas
dan didiskriminasikan tanpa bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali dibogelkan
beramai-ramai dan diarak sebelum dirogol dan dibunuh.Kaum lelaki pula akan
dibelasah beramai-ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India
kepada golongan Dravidian Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di The Land
of The Gods nampaknya tidak mensyukuri nasib mereka di sini yang berkali-kali
ganda lebih baik dari di India.
*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu dan anak perempuan dibogel,dirogol
dan dibunuh manakala ayah dibelasah dan dibunuh.
Carilah perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan
mereka.Sebab itu Perdana Menteri India tidak mempedulikan tekanan pengganas
LTTE Malaysia yang sudah tentu orang-orang di Benua Kecil India sendiri amat
arif dan maklum asal-usul mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan Dalit ini
sudah tentu mahu 'dibuang' ke Malaysia yang menakjubkan ini supaya dapat
membaiki kasta dan nasib mereka sebagaimana saudara mara yang telah lama
tinggal di Malaysia.Sudah tentu generasi Dalit ini amat menyesal mengapakah
pihak British tidak memilih nenek moyang mereka dahulu untuk diangkut
beramai-ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah tentu nasib mereka tidak
seburuk pada hari ini,dihina dan didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih
tinggi.
*Penderaan wanita Dalit di Bihar
Penyelesaiannya ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama
dengan kaum lain secara harmoni bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersama-sama.
Sebagai penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah
kita renung-renungkan di manalah alter terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia
khasnya.
Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan
di mana tersimpannya alter terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih
terkenal sebagai parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada
politik Melayu di Malaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari
organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang
fahaman,namun fahaman sekular-moderate lah yang mendominasi parti Melayu ini
walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.
Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar
perjuangan mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah
bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang
majoritinya Melayu ini ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang
inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan
fahaman sekular penjajah,maka pembangunan ummah akan terencat.Ini adalah ideologi
yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.
Organisasi ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun
kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya
dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di
Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang
merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat
kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu
yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam
ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini
tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat
Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA
MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam
maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah
yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan
sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka
bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang
Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri
kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan
nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja
menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka
membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain menghasilkan
makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya
kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu
Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini
taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan
biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli
pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina
sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika
ternampak orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.
Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai
pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang
mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam
mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan
Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang
kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi
mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka
dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja
siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.
Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah
satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal
jemaah ini amat penting dalam 'hikayat Melayu' seterusnya.Jemaah Tabligh amat
menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu 'Tabligh' iaitu
'menyampaikan' dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam
Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit ini.Prinsip
'Amar Makruf Nahi Mungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari
sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari
orang lain.Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau
'usaha agama' atau 'usaha atas iman'.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak
telah berjaya membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan
menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh
seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka
berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima' yang besar tanpa gangguan pihak
kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat
Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah
Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak
diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila ternampak para karkun
ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda
akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan' istimewa jika anda
bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini.
JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA
AKAN TAHU DI MANAKAH ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ITU.
Setiap organisasi menjalankan agenda
masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana kuasa politik mereka adalah hasil dari
pemberian pihak Inggeris.KUASA INI SEBENARNYA TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA MASA
ALLAH AZZA WA JALLA AKAN MENARIK BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN
UMNO YANG MENGEJAR HARTA DUNIA.
Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu
prinsip yang dilupakan oleh ummah Islam dan ini menyebabkan umat Islam dihina
Allah s.w.t di akhir zaman ini,iaitu sistem pemerintahan Islam atau dalam
istilah fekahnya JINAYAH.Bila sebut hukum Islam terbayang hukum Hudud dan
terbayang pula tangan yang dipotong.Padahal Jinayah bukan semata-mata hukum
Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil darinya.Mengapa hukum lain seperti Qisas
tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri yang mengelirukan orang Islam yang
lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi dan Nasrani.
JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA
DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di
mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam yang dipandang
sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang
Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi
Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang
industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita
mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada bank
bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha
sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak
pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang
diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi Muhammad s.a.w
bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah
manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah
negara.Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99%
mereka adalah ORANG MELAYU!Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita
tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka
yang kontroversi sahaja??
JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA
DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Yang terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka
bergerak secara 'underground'.Para karkun ini tidaklah membawa keramat dan
mukjizat tetapi tawakal dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka menyebabkan
mereka layak mendapat perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah di
Israel sekalipun.LIHAT,JIKA KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA MAKHLUK DI
BUMI AKAN TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip Tabligh,yang bukan
termasuk dalam fekah Islam tetapi INTIPATI AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH
SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.Mereka hanya menjalankan FOKUS hanya satu SIFAT
RASULULLAH s.a.w namun kerana satu sifat itu sahaja menyebabkan bukan sahaja
Yahudi dan Nasrani,MALAH DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH IBLIS PUN SEGAN DAN
TAKUT KEPADA MEREKA disebabkan perlindungan dari RAJA SEGALA RAJA.Isu-isu bodoh
seperti mengabaikan hak isteri adalah karut semata-mata,kerana jika anda faham
hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan segala perbelanjaan dan
keperluan keluarga secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka tidak mampu,buatlah
sahaja usaha atas iman sendiri.Jika mampu,bolehlah keluar di jalan Allah,buat
usaha atas agama.
“Kamu merupakan umat yang terbaik yang
dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran
dan kamu beriman kepada Allah“.
(Al-Imran, ayat 110)
JIKA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA
DITEGAKKAN,BUKAN ALTER TERAHSIA SAHAJA YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI
UMAT YANG TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN KEPADA MANUSIA.
Sekarang cuba renungkan sebaik-baiknya.Jika
kita gabungkan ketiga-tiga organisasi ini;Pas,Al-Arqam dan Tabligh,dan
ketiga-tiga kombinasi ini pula berada di posisi Umno sebagaimana yang kita
lihat sekarang,apakah yang akan terjadi??
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME II
COMPLETED...