Posted by Mistis Organization at 6:04 PM | |
------------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan Pembukaan oleh Hermit
Ucapan Pembukaan oleh Hermit
Ini adalah kata-kata pembukaan oleh Hermit,3rd
Order dalam Mistis Organization bagi mengalu-alukan siri Alter Terahsia Bangsa
Melayu V2.0 yang akan keluar di MistisFiles selewat-lewatnya pertengahan Julai
ini.Siri ATBM v2.0 ini akan diselenggarakan oleh Srikandi,editor siri ATBM yang
baru.
Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu akan
dibahagikan kepada 4 hingga 5 bahagian.Setiap bahagian akan menceritakan
petunjuk-petunjuk berbeza disamping pada masa yang sama,mempunyai kaitan antara
satu sama lain.Setiap bahagian terdiri daripada susunan tema-tema tertentu yang
setiap satunya memerlukan petunjuk-petunjuk tadi untuk memimpin pembaca ke arah
'gua rahsia'.Setiap petunjuk seakan-akan 'puzzles' yang amat sukar untuk
difahami atau diselesaikan,sejak sejarah bangsa Melayu cuba untuk digelapkan
dan dikelirukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Perlu juga dinyatakan di sini,apa yang
dipaparkan bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang
ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua
misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang
dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini.
Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan
'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul
sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.
Pemikiran yang positif dan menghormati sesama
manusia adalah amat-amat digalakkan di dalam menghayati siri Alter Terahsia
Bangsa Melayu ini.Namun tidak dinafikan,kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit
untuk ditelan.Kebenaran akan tiba jika fikiran dapat membaca segala situasi
yang berlaku,sama ada bersifat konspirasi atau realiti.Pemikiran yang rasis
akan menidakkan kebenaran dan pencapaian bangsa yang lain.Pemikiran yang
'inferior' adalah hasil dari sejarah bangsa yang berjaya digelapkan oleh
tangan-tangan tersembunyi.Pemikiran yang pesimis hanya membuatkan pemikirnya
kaku dan beku,juga boleh membekukan yang lain.Pemikir yang malas berfikir,hanya
menerima sejarah yang ada,tidak kira sejarah realiti mahupun sejarah yang telah
digelapkan,hasilnya sejarah baginya adalah susunan kronologi yang cacamarba dan
tidak ketahuan punca;memimpin pemikirnya kepada perasaan 'inferior' yang kronik
dan pesimis yang sadis.
Selagi kebenaran tidak mampu difahami,MANUSIA
MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA.
-M.O
Salam sejahtera,
Syukur kepada Tuhan Yang Esa,kerana sekali
lagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dapat menemui para pembaca
MistisFiles.Suatu ketika,hubungan dengan Lodgekeeper terputus begitu sahaja dan
maklumat berharga darinya tidak dapat diakses.Namun,kesabaran dan keyakinan
yang kuat adalah kunci sebenar kepada pengetahuan yang berharga.Jika bukan
Lodgekeeper,pasti ada anak bangsa yang lain,yang mampu membaca segala
konspirasi dan pengkhianatan ke atas sejarah agung bangsa Melayu.Telah
terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan
menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai
pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah
bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya
tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai
orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang
dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan
bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu
ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh
wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu
mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?
Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah
orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus
sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika
kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah
menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus
kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada
topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit
semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga
diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan
teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah
orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Mesolitik dan litik-litik yang
lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi
Bendahara,Temenggung,Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu
Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah,mengamalkan cara
hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang
dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan
antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan
atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling
seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi.
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita
di dalam bumi bertuah ini??
Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik
pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal
pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan
sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan
sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan
mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat
tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai
1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di
dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih
memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak
memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa
depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara
tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta
dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya
kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut
Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat
melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.
Tetapi di manakah wang negara
dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen
dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan
untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu
yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung
Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu
menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para
pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu
mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa
sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit
buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti
membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan
sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi
haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes
Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih
mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak
pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing.
ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan
menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh
kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH
WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa
kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan
jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga
itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan
gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @
download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar
profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik
fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi
membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan
Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang
berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula
mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation'
(difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara)
padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang
terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde)
sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau
Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka
berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing
bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang
Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa
terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah
payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti
diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka
membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang
berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap
pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi
tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara
untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak
kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga
mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini
samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut
dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak
kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak
kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila
besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah
terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak
kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!
Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang
dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda
Melayu yang pandai-pandai biasanya
sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan
lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah
yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu
dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah
Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor
pula!Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu
berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi
apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL
BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha
belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya
mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial
menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan
mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.
Sampaikan orang lain mereka-reka cerita
mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya
adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap
demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah
gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman
kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin
mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua
adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too
Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya
tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land
of The East ini.
Ada pula orang-orang lain yang berusaha
mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama
ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan
Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu
tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan
pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika
mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di
lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini
memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah
pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun
ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah
hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit
tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU
MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan
lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik
beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa
Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula
menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka
menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu
tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman
mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini berlaku
beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang
kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan
kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan
Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land
of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi
Nuh a.s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan
setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah
atau pembukaan Singapura.
Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The
Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik
mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli
adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum
pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek
moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.Bahasa
orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu
Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini
masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH
SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan
bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan
selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan
kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay
Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan
Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari
kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia
terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau
Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan
Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New
Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan
Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.Kawasan yang dinamakan
Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta
batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan
dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan
laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s)
mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur
barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan
laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di
ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di
dinding-dinding gua?
Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar
tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat
Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE
EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh
orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti
kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu
membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan
jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu
menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan
semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina
Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan
Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian
Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI
MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU
TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA
(YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA
EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun
612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur
itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh
dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan
juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma
pada tahun 1767.
Jika mereka melukis peta yang menamakan
semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak
akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi
akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi
diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para
pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka mereka berdegil
juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti
peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu
persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan menyembunyikan
segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab,peta-peta dan surat-surat bangsa
Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam
kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil
Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang
kampung),tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu
berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk
disembunyikan atau dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA
MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.
Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of
The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di
dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti
Jawa,Banjar,Minangkabau,Batak,Sunda,Bugis,suku-suku kaum di semenanjung
termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay
yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai;ada beza di situ).
Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini
karut dan dongengan.Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu
dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah
sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.
Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li
Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat
penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan
bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama
kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris tidak akan
tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di
bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris adalah pangkalan
terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan
ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula dengan
pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah
kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan
sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota
purba,tembok-tembok,masjid-masjid,istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga
cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun
anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah
kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab
ilmu,peta-peta,surat-surat,manuskrip undang-undang,inskripsi,bahan sastera
(puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam
kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris
itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal
The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai
harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala
khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti
Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini
mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah
Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,
Mengapakah Inggeris tidak membakar atau
memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga
tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota
ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan
bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya
layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama
Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan
tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang
dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan
askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan
pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah
kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De
la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan
pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era
Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris
tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat
satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH
ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN
TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS
DARI PAPAN DAN KAYU.Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia
ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka
ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A
Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota
Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama
ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar
orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu
pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang
jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala
maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI
INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang
yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang
menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI
MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan
segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT
BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH
ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA
SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong
mereka berperang sesama sendiri.
Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala
persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan
sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh
Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang
Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan
Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu
menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG
MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN
EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan
mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda
pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata
muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di
universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun
1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga
menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh
Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar
para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya
kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari
segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu
kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan
mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?Adakah Universiti
Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu
disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian
Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah
beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian
Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan
oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama
sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini
tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA
SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara
Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi
perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan
sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini
penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI
DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya
adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas
adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila
mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di
Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah
haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri
dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut
tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan
dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan
penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa
perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina
yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa
Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi
apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para
pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang
bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri
(isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu
politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain
yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan
para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum
lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu
menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu
senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam
pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.
Hermit
3rd Order
Mistis Organization
Area 13
No comments:
Post a Comment