Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan
dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi
Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan
kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa
Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun
sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri
artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan
Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
-M.O
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
"...sent them away from his son Isaac to the
land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari
Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang
bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang
diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai
bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana
dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir
zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan
menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama
bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini
merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The
Iliad and the Odyssey.
Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri
ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah
yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang
mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa
ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam
bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang
selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter
sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah
seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik
berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang
dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari
sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya
yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah
yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam
sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila
menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku
Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang
penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal
dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama
sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan
bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia
memulakan harinya.
"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah
melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai
pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia
berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke
depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan
seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".
"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah
piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah
payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya
bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam
itu ke papan tanda."
Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals
dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia
telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia
melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan
bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya
berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang
dinyatakan oleh Cousins,
"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan
dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah
cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih
mudah".
"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut
tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup
atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah
daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan
lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia
serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian
keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".
Alter selalunya tersembunyi dibelakang
personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada
dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter
ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi
alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula
alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap
orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang
sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah
dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria
(Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun
dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus
kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti
yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim
(Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir
Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula
melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu
Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa
Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks
Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri
Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi
Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui
jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar
pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi
dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,
"Siapakah Keturah ini?"
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari
perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media
dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari
kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin
Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir
bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka
sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan
dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga
dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang
gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi
Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras
tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan
sanggup mengeluarkan kata-kata,
"Biarlah engkau saja yang pergi berperang
dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih
bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri
mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri
nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala
Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam
Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah
mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku
Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan
isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail
ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan
anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun
perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika
itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail
kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w
manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA
SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah
s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab
itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba
perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja
disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah
meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar
dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik
Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi
Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa
Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa
Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya
terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar
bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang
suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan
sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang
perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi
Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana
Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya
yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada
mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar
pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf
puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada
Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya
sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w
adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati
Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di
zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana
sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim
tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim
bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang
sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir
(Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih
zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah
Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani
bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan
melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu
tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama
Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan
Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud
suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari
Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan
Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi
seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi
Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah
ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja
Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud
raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah
pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi
Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi
dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang
sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa
Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina
negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina
organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang
gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah
lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang
berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat
ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah
mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di
dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan
kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan
Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk
lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang
lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan
bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil)
serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas
memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah
pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara
bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk
dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan
Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki
dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh
pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi
kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi
telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan
akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula
mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan
syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah
penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang
menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan
Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti
yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari
sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi
diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa
spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka
percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi
spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi
isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah
berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah
pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal
dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih
samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi
jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang
diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah
telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6
anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian
yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri
susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu
bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal
dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori
yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat
di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian
maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja
agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa
misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung
bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina
berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir
hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat
ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C
dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk
mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid
terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada
masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan
ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan
kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara
misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang
mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah
penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung
telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid
Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah
penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan
segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah
tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan
material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari
ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar
di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan
kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat
terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem
komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah
semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA
SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita
dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang
agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar
hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun
ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi
Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang
miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam
jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu
sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat
mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak
akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi
kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar
kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1
Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa
hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi
Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar
di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat
minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir
seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan
Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti
UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di
Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA
BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material
dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus
dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika
terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di
festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali
diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan
berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang
dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang
gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah
lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu
mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah
tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba
Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW
atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji
nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur
Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand
seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan
manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di
muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula
berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka
berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan
mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti
menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada
juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi
dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang
mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman
Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita
ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula
berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang
menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu
Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi
orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang
tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan
Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti
raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu
seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki
tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada
orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan
melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta
Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan
bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek
moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta
mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita
meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
No comments:
Post a Comment