Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu
bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin
terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang
pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi
purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang
dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain
gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.APA MAKSUD KEPADA
SEMUA MISTERI INI?
Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani
melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini
'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip
India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah
manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina
negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur
Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif
di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah
untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah
Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah
ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di
Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya
perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di
Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu
memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA
BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?
Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan
pengembaraannya menjejaki wangian yang hilang di Timur Jauh...
Selamat membaca
-M.O
Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri
Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada
yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada membawa kekayaan atau keajaiban
kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang dibuat oleh manusia
biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini membawa 1001 cerita
tentang satu teka-teki yang akan membuka satu pintu rahsia jika ia
diselesaikan.
Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa
misteri.
Kunci Rahsia-rahsia.
Tetapi kunci ini ada kembarnya.
Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia
akan membawa ke lorong lainnya.
Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.
Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada
kunci rahsia ini?Alangkah baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan
kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini pada suatu pagi yang aneh ketika
kedua perawan misteri ini sedang menuai padi.Ketika tiga putera raja dikatakan
muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan dialog di antara
Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh
Patih Gajah Mada.Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia
ini.Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu kembali
ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya jika
kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran
Mala 'Bapa Melayu' dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi
ketika bangsa ini tabah menghadapi ganas ombak dan sedang merenung
bintang-bintang di waktu malam bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui
tetap dalam haluan.
Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang
ada.Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga kita buta jejak kita sendiri.
Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan
rahsia.Jangan bimbang,ia tidak berkunci.Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi
hanya satu yang menyimpan kembar kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar
kunci ini,kita akan dapat membuka pintu rahsia itu.Peti yang satu lagi juga
mengandungi kunci,yang akan membuka pintu yang lain...
Kita mulakan dengan membuka peti pertama...
SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)
Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus
Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh
Tun Sri Lanang.Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini
seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja
Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang
lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi
pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan
Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut
pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir
Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan
Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun
Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh
Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan
popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar
Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The
Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The
Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat
dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri
Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip
purba yang telah ada lama sebelum itu.
"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun
Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri
Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar
menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari
Goa/Gowa."
Apakah yang terkandung di dalam
manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya Sogoh?Teka-teki pertama adalah
jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great dari Macedon yang
pernah menawan Parsi dan India,kemungkinan terdapat waris Melayu yang berasal
dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya mengahwini
orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja
satu kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah
Melayu dinamakan Puteri Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja
Melayu berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.
Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain
itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam
AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah memeluk agama Islam maka
petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.
Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu)
sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah
hasil kajian sarjana Barat.Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear
yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk
menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini.
Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian
kita akan tamat di sini.Maka raja-raja Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa
Yunani dan satu bangsa di India (ingat,kaum di India juga berbeza-beza seperti
Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan dll).Pencarian akan tamat sepertimana kes
Melayu dari Yunnan.
Tetapi mari kita lihat petunjuk yang
kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan membuka banyak pintu rahsia.Satu pintu
rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia.
Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut
dalam AlQuran surah Al-Kahfi.
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang
Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan
bacakan kepadamu cerita tentangnya.
(AlKahfi ayat 83)
Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang
luas.
"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan
kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk
mencapai) segala sesuatu, "
(AlKahfi ayat 84)
Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua
Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.
Mengikut kajian ahli sejarah dan
arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih
menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan
bangsa-bangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama
Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander
The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih
lelaki.Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk
Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang
dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China.Sesungguhnya
bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana
catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan
memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita
tentangnya."
Ayat ini menceritakan tentang kedatangan
rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang
terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada
menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang
hebat.Petunjuk ini akan membawa kita ke kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya
dapat ditelusuri sejauh sejarah purba Cyrus The Great sehingga
Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.
Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari
bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur.Mereka
tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di
satu-satu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa lama sehingga
menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan
hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar.
Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua
petunjuk ini?Kunci tersebut adalah Cura Simanjakini.
Kunci Rahsia dari Pedang Misteri
Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran
negeri Perak.Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak
Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang
bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu sebuah tasik berhampiran dengan
Sungai Ganges di Negara India.
Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah
kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di
Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya.
Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak
keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang
Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada
Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan
Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna'
sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama
juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja
Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila
Parameswara menganut agama lslam.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri
Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi
Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya melarikan diri dari serangan
Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530.
Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah
menghantar anakandanya, Raja Mudzafar Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama
bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah,
baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan
Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini' yang melambangkan
keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas
turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan).
Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah
berasal dari etnik Hindu India tetapi dari satu kerajaan Parsi Purba yang
memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah
India dan menakluk etnik-etnik asli India.Teori perjalanan bangsa Mala dari
arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada sejarah
Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja
yang berasal daripada Parsi.
Baginda terpaksa melarikan diri setelah
dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah
atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah menerima agama Islam pada awal kurun ke
12.Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah
memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah.
Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk
lain,jika kita ingin membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah
mengetahui satu alter lain pada nama Mala itu sendiri.Alter Terahsia yang
ditemui dalam peti rahsia kedua.Apa yang ada di dalam peti kedua?
'Bangsa Gunung'
Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan
untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan
kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar
Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan 'Hindu' yang diberikan oleh sarjana
Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu
ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi satu ajaran kuno yang berasal dari agama
meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan
ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau Malaysia adalah nama moden yang
digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini sebelum digelar
Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini
semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini
adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari
tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'.Begitu juga dengan yang lainnya
SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk
tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti
Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti
Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja
berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan
India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.
Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau
kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh
suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini
berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik
asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika
tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum
Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan
etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan
Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar
bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah
seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan
bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang
berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang bertebaran ke sana.
Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri
dari salah satu suku Mala-Aryan Purba yang digelar Kambuja.
Kambuja
Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah
suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan
Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan
Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak
berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak
Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari
Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang
lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai
mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan
komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan
Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum
diraja bagi Scynthian.
Ketika penaklukan ke atas India ketika era
Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan
kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.
Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah
kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero
dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam
Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan
Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam
Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar
dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan
dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada
sukukaum Kemboja.
Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja
Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini
tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India
Kuno.
Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India
Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata
di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para
sarjana antropologi sudah maklum akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India
dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama
berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.Dalam kesusasteraan
India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali
sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke 'Aryan').Bangsa Aryan
inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari
bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di
dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan
orang-orang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di
sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini
berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini
bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan
sezaman dengan era Sumeria-Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara
negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang
sama di kedua-dua tapak arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan
penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua
negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat
dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari
penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan
berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear
tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak
arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula
dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.
Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal
kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama
Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam
manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara
kedua-duanya.
təm amavantəm yazatəm
tam amavantam yajatam
surəm damohu scvistəm
suram dhamasu savistham
miθrəm yazai zaoθrabyo
mitram yajai hotrabhyah
Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya
adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan
tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula
bermaksud syaitan.
INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA
DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.
MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH
Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah
peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di
dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di antara keempat-empat
Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga diketahui berasal
dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat menakjubkan.Malah lebih menakjubkan
terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda.Pada tahun 1935,
Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan
bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia
dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan
bahawa se per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab
Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu
telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai
perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang
terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya
telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang
diwahyukan.
Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam
kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang
bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma'
sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah
dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila
seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah
bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga,
isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati,
dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap
Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva
dan Angira, masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam
Purana:
"Seorang Malechha (dari negara asing dan
bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul
bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad..."
(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian
III:3,3)
Juga di dalam Purana:
"Seorang Malechha (dari negara asing dan
bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama
sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan
Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan
kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda
penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan
manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk
membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang
malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang
Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk
di kakimu."
"Malechha telah memijak tanah Arabia yang
masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul
seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah
Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan
dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang
benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah
kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha
ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang
tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada
waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar
sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu
telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar
Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat
daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki
yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut,
melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang
halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan
mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana
mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai
Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging
ini."
(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)
Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):
Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan
seperti berikut:
"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus
keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor
lembu"
Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah
yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan
bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud
"yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang
digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang
memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi.
Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat
tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru
ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya.
Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf
pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan
Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan
daripada huruf akar h, m dan d).
Seratus keping wang emas merujuk kepada
sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka
berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak
tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan
ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa
spiritual manusia yang tinggi.
Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat
Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga
oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka
adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman
bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah
memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda
sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'.
Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab)
merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar.
(Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini
digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya
yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).
Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh
ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit
'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi
kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan
sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua
sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang
beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan
keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai
haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud
'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam
bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang
suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.
Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan)
yang berasimilasi dengan kaum purba India?Apakah nama yang diberi oleh
orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?
Siapakah Bani Jawi?
Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi
Ibrahim kepada anak-anaknya?Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam
perjalanan mereka ke Timur Jauh?Nantikan sambungan Alter Terahsia Bangsa Melayu
IV...
No comments:
Post a Comment