-Pelayaran Bangsa Misteri
-Ilmu Perbintangan Bangsa Misteri
-Kerajaan Nabi Sulaiman
-The King Solomon Mines
-Ritual Para Firaun
-Apa yang dibincangkan para Firaun di Nusantara?
-Isteri raja Kapur Barus
-Seri Melati dan Cik Siti Wan Kembang
-Di manakah Ophir dan lombong emas?
-Tanah Nenek Moyang Firaun
-Budaya Vedic di Benua Kecil
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-Peperangan dan asimilasi di selatan China
-'Saudara jauh yang bermusuh' di Indochina
-Segenting Kera dan Sekangkang Kera
-Langkasuka dan Pattani
-Warisan Kesultanan Melayu
-Kerajaan dan Empayar
-Kesultanan Melayu Melaka
-Kesultanan Brunei,Sulu (Filipina) dan Jawa (Indonesia)
-Pedang Cura Simanjakini
Pengembaraan menjejak kunci rahsia bangsa misteri semakin aneh!Teruskan
bersama MistisFiles!
--------------------------------------------------------
Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan
kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast
Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan
antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban
purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab
perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah
berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya
telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi
dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia
sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau
sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh.
Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan
misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda
diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang
besar.
Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh
Profesor Arysio Santos.
Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis
Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan
bangsanya.
Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba
menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba
berfikir tentangnya.
Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan
berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang
pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang
amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.
"THE KING SOLOMON'S MINES"
"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious
onyx, or the sapphire"
(Book of Job 28:16 -King James Version)
Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu
katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya
ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa
Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan
seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di
lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga
ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh
membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea
misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu
adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama
'Samarinda'.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun
diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir
rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh
berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah
seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man
adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu
Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa
dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja
memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau
KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.
Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa
anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina
hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang
tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak
semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak
mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau
Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan
dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee
Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak
Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan
mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan
akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN
ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan
pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan
perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi
dengan bangsa asing yang lain.
Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Anak-anak Keturah
Madyan
Madai/Madayu
Malai/Malayu
Iskandar Zulkarnain
Parsi
Nabi Nuh
The Land of The Gods
Sundaland
Mesir Kuno
Rempah dan kemenyan
Judah
Nabi Sulaiman
Ophir
Gunung Ledang
Suvarnabhumi
Golden Chersonese
EMAS
Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini
dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya
orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan 'instinct'
menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka 'vision' dengan sendirinya
apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan
mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang
Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus
agaknya.'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang
lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar
Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab
ini mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata
'Makaduniah' kerana perkataan ' Zulkarnain' itu didapati dari teks AlQuran dan
kata 'Makaduniah' tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab
itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata 'Goa'.Kekeliruan terjadi disini
apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India
mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain'
itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah
menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata
'Iskandar Agung' ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang
diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.
*Cyrus The Great
Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain'
ini?'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu
bergelar Alexander 'The Two Horns Keeper'.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di
Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang
besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur
Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama
raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,"Wahai Tuanku Iskandar"
tetapi dengan gelaran "Wahai Pemilik Dua Tanduk" menunjukkan
kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad
s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai "Ya
Rasulullah..." bukannya "Ya Muhammad...."
Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh
tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi
utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga
kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara
China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah
ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian
oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan
kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang
India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan
tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai
pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan
bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa
besar' di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti
Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa
dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo
berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan
barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba
untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang
mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN
MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan
Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan
padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad
juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan
sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu
yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang
ganas dan hauskan kepala manusia.
Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan
dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang
terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga
dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna emas yang
kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.Sesiapa yang
dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas
melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi
bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan
logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang
tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di
atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas
merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil
tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan
perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa
tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM
UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi
Kursani?
Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu
kawasan di dunia yang dipanggil 'BUMI EMAS' walaupun lombong-lombong emas juga
diusahakan di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula
terkenal sebagai 'semenanjung emas','pulau emas' mahupun 'bumi emas'.Namun
sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin
yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan
emas.
The Golden Chersonese
Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula
dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah
anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran
politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau
Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan
raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah emas'.Dari manakah
gelaran ini berasal?
Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba
Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan
nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung
pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan
Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja
Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara
pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:
*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah
Melayu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau
Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga
iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar
hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana
Rama mencari Sita yang diculik Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA
MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita
adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau
Melayu sebagai 'Pulau Emas'.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada
menyebutkan Nusantara ini 'the fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas Yang
Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah
maksud 'menakjubkan' itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang
bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis
gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini
mengatakan "Wow!Menakjubkan!"?
Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini
bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan
fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke
pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar
'the fabulous Land of Gold'??
SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN
YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka
menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai
gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan
pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas
dipinggang seorang laksamana Melayu.
Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing
(634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7,
menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'.Ini
tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah
mampu mengeluarkan matawang emas.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab
menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu
era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana
kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa'
dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa
Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa
negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India
tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke
Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil
mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling
emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat
pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke
Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.
Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau
Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah
dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya
tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya
Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat
negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai
barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur
barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah
bagi mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes
Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos,
yang ertinya Pulau Emas.
OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN
SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya
ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor
Babilon,juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama
'Pulau Emas Yang Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan
Purana.
Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai
'Monkey Chersonese' sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para
sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana
mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.
Telah diterangkan di dalam siri ATBM
sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah
ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar
Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping
mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus
(dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para
pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia
Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya
Plini pada abad pertama Masehi.
Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima
delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur
Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU
CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.
Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's
Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar
yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin
adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban Jawi yang
terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.
"And the navy also of Hiram, that brought
gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and
precious stones"
(1 Kings 10:11 -King James Version)
Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan
Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi
perhiasan-perhiasan keemasan.
"Even three thousand talents of gold, of
the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the
walls of the houses withal"
(1 Chronicles 29:4 -King James Version)
Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim
(Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel
Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan
beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘
ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah
yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).
"Dan (telah Kami tundukkan) untuk
Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya
ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala
sesuatu"
(Al-Anbiya' ayat 81)
Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH
TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai
sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan
manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu
salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang
dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas
Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,
"Ophir can be found by travelling from
the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas,
to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be .... in
front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese,
and Lequios met to trade..."
Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana
Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk
menyebut 'banyak pulau'.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan
Fiipina.
"And Huram sent him by the hands of his
servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with
the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty
talents of gold, and brought them to king Solomon"
(2 Chronicles 8:18 -King James Version)
Namun satu pendapat dari sarjana lain
mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini
adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah
Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran
barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis
berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah
tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari
Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik
yang lain.
"Lombong Emas Raja Sulaiman"
Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau
dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan
terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal
logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya
seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini
dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal,
membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika
Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat
dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma
yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua
daripada segi jumlah pengeluaran.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu
telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu
Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah
Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea
Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut
pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu
terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke
selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung
Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing
di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini
sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman
Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia
ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan
berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada
kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza
berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang
terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian,
pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih
adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama
sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat
banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit
adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga
menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung
menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada,
longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan sebagai emas
longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan
emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah
longgokan primer ini masih rendah.
Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount
Ophir'?
Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi
Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah
dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah
berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung
Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula,
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan
melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas
tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat
7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang
tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya
ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam
peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah
pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan
pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun
1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal
dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan
lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati
mengandungi emas.
Sebab itu tanah semenanjung ini dan
kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan
emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang
masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama
sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan puncak
pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan
Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.
Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British
telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki
British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam
cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia
apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid
yang indah dan tersusun rapi.
Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli
sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??
No comments:
Post a Comment