Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
(S. Effendy)
Selamat datang ke 'Gua Rahsia'.Tuan-tuan dan Puan-puan!...di sini
terdapat beberapa peti.Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian
lama,tetapi awas!ada pihak yang mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di
tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti ini.
Peti yang bertanda 'Bangsa Gunung' telah dibuka.Anda sudah tahu apakah
isinya dan mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa
Tanah Tinggi oleh bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka
'Highlander' aha...jika anda mahu.Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan
'Laut'.Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali karakter bangsa
misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran
kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu membina
kapal-kapal.Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan
bangsa-bangsa lain dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.
Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama
berlabel, 'Abraham dan Keturah'.Ini adalah nama sepasang suami isteri yang
dikaitkan dengan bangsa misteri.Peti sebelahnya bertanda 'Parsi dan
Sumeria'.Peti ini jika dibuka akan ditemukan helaian-helaian berlabel 'Vedic'
dan 'Aryan'.Peti yang dihadapannya berlabel 'Emas',dan jika dibuka anda akan
tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari
emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya mampu mengeluarkan
syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti yang lain,yang
kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang
terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.
Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini
berlabel 'Wangi-wangian'.
RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN
"Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada
(Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)
Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri
dengan sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat
secara Alam Melayu.Atau secara 'Nusantara'.Dahulu,beratus tahun atau
beribu-ribu tahun dahulu tiada apa yang dinamakan 'Malaysia' atau 'Indonesia'
atau 'Brunei' atau sebagainya.Yang ada ialah Alam Melayu atau
Nusantara.Perkataan 'Melayu' itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain
seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah menunjukkan
bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa
budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang
meliputi Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi
pulau-pulau Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau
selatan Jepun,pulau-pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai
Madagaskar.Perkataan 'Nusantara' pula setakat ini diketahui dikesan dalam
Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu Mahapatih Majapahit (Menteri
Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)
"Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira
Gajah Mada: "Lamun huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah
ring Gurun, ring Seran, TaƱjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali,
Sunda, Palembang, Tumasik, samana isun amukti palapa".
(Gajah Mada Mahapatih Majapahit)
Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan
puasa.Beliau Gajah Mada, "Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru
akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru,
Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan)
melepaskan puasa".
Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah
'Nusantara' yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan
sejak sekian lama di seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi
Nusantara terdiri daripada etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut
kerinting,berkulit gelap,bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan
dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan Melayu hingga ke Pasifik
seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-etnik keJawaan;mereka ini
berkulit sawo matang dan bertubuh tegap.Ada di antara mereka memiliki mata yang
kecil.Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka mendominasi
sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak terbuka
identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo
matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa
asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk
etnik semenanjung yang lain),Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar
menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat
mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka.Mereka juga digelar kaum
Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting
Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada
yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar
kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang merubah
etnik-etnik Mala ini di The Land of The East.Hakikatnya mereka adalah dari
rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.
Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah
semestinya berasal dari Tanah Besar juga,tetapi terdapat tiga kemungkinan,
1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju
ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke
Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu.Rujuk Teori
Ibrahim-Keturah
2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah
laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu.Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.
3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah
Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah
menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika
berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.
Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari
satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk
hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala'
sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga
Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam
mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi
nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua
dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli
bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau
negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba
menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu
mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa
Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan
kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi
Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini
Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang
diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa
kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu
sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci
yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.
Dari sukukata 'Mala',bangsa purba memberikan
pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.
Bunga,haruman dan wangi-wangian adalah salah
satu kod rahsia bangsa misteri.Jika kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu
tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa
Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk
tujuan perubatan,mistik atau mengawet sesuatu.Bangsa misteri selain menggunakan
bunga-bungaan,sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan
rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu menguasai
Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan
rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh,sebagai
ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai
oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman dahulu ketika para pedagang
Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab,mereka
tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi
bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka berusaha
untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai
tempat di mana rempah-rempah ini didapati.
Rempah adalah satu bahan yang penting dalam
kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli
sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir
mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi
dan mengkhayalkan;membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka.Para rahib Judea
(Kerajaan Yahudi Kuno,selain kerajaan Samaria) kerapkali membakar
kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk
melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok
yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu.Sebab itu para Firaun secara rahsia
mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu.Di Kuil
Hatshepshut,ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan
terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada
pokok Jati,Keruing atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke
Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya
didapati dari Nusantara.
Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin
Resin,dan resin bermaksud damar atau getah kemenyan itu.Perkataan 'Benzoin'
(banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab iaitu 'lubban jawi'.Perkataan
'jawi' adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan ini adalah fakta
bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh
dari Sumatra (S.Benzoin -Sumatra benzoin),Benua Siam (S. tonkinensis -Siam
benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).'Lubban' adalah nama Arab bagi
wangi-wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan
diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang
wangi.Namun kemenyan dari 'Jawi' ini adalah 'lubban' yang terbaik dan memiliki
kasta tertinggi dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian
kemenyan ini bukan berasal dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli
yang sedia berbau wangi.
Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara
mengawet mayat.Mumia-mumia Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini
dan segala rempah-ratus ini terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui
pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera Utara.Kemenyan juga dikesan
penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam ritual-ritual mereka
termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan kemenyan ini di dapati
dari Nusantara.
Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari
Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah
Kanaan,sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah,atau
'kemenyan/wangi-wangian' dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu
kemungkinan adalah 'Melur','Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan Nusantara.
Sebelum kita meneruskan topik yang semakin
menarik dan misteri ini,mari kita telusuri beberapa jenis bunga yang popular
dalam masyarakat Melayu.
Bunga Kemboja
Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili
Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini
adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di perkuburan-perkuburan Melayu.Ini
menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-bungaan pada masa silam yang masih
berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari ini.Bunga Kemboja berwarna putih
dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.Pokok ini sememangnya banyak
ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan kubur.Kehadiran bunga
Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan aneh dan
misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?Di
Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu
dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula,
bunga Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh
menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh
jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian
masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang
berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.
Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari
Proto Mala), kalungan bunga Kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Nama
kerajaan purba Melayu yang membina Angkor Wat diambil dari nama bunga
ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota bangsa Mala sebelum
diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini mengikut kepercayaan
Buddha mereka.
Bunga Cempaka
Bunga Cempaka (Allamanda family Araceae)
adalah juga salah satu bunga yang mendapat tempat pada budaya dan kesusasteraan
Melayu purba.Bunga ini selalu juga digunakan di dalam seloka,gurindam dan juga
prosa Melayu dahulukala.Bunga cempaka adalah bunga yang cantik.Tidak hairanlah
terdapat manuskrip Melayu dinamakan Cempaka Sari dan nama kerajaan purba Melayu
dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini.Tumbuhan bunga ini mempunyai
kelebihan dari segi perubatan.
Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai
untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.Cemnpaka
putih pula sesuai untuk merawat pitam,bisul atau radang tengkuk.
Bunga Kenanga
Bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili
Annonaceae) sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak
`black magic` seperti terkena buatan orang. Bunganya yang berbau harum
digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu.
Pokok kenanga merupakan pokok yang besar
setinggi 38m dengan diameter batangnya 1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk
tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.
Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak
begitu menonjol dan tumbuh berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum
pada satu tangkai. Kelopak bunga ini berbentuk pita yang agak terpilin
sepanjang 5 - 10 cm.
Bunga Melati/Melur
Bunga Melati (Jasminum sambac, famili
Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi Indonesia oleh Presiden Soeharto
pada 5 Julai 1990.Bunga ini merupakan simbol kepada kesucian, ketulusan dan
kebersihan hati.Bunga Melati juga antara bunga yang menjadi lambang kemelayuan
purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan nama wanita yang
dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa.
Melati sangat popular dalam kehidupan
masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya dianggap
melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran.Pengantin tanpa lilitan
untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna
pernikahannya.
Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang
boleh menjadikan Melati sebagai ubatnya.Melati yang sudah digiling hendaklah
disapu pada buah dadanya agar air susu yang dihasilkan bertambah banyak.
Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis
berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan
berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum.
Bunga Kemuning
Bunga Kemuning (Murraya paniculata famili
Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun
rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga
terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah
kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih bersih.
Daun dan bunganya jika digiling halus dan
disapukan pada badan, akan membuatkan seseorang wanita lebih cantik dan
berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak kecoklatan merupakan
bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.
Bunga Seroja
Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili
Nelumbonaceae) adalah bunga yang sering menjadi lambang dalam agama
Buddha.Seroja sering terkeliru dengan bunga yang hampir sama dengannya iaitu
Bunga Teratai.Bunga Seroja ditakrifkan sebagai lambang kebijaksanaan dan
pencerahan.Adalah dipercayai,Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui
ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.Seroja sering dilihat
sebagai bunga yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif
bunga ini diukir di dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.Dari
Mesir,bunga ini disebarkan ke Assyria,seterusnya ke Parsi,India dan China.
Bunga Teratai
Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae)
sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan
bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman
dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman 'genus Nelumbo'
seperti seroja dengan 'genus Nymphaea' (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo,
bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah
(teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan
rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan
dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga
Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.
Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada
ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah
Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu:
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah
lambang Zat Allah
yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat
Allah yang
dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada
“Tingkat al-Ahadiyah”.
Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat
Jamal dan Jalal maka lahirlah
seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini
tangkai itu menjadi ghaib dan
wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah”
yang
mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum
lahirnya hakikat-hakikat
segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat
Muhammdiyah terhimpun
hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga
pada kudup yang kuncup itu
terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga,
stigma dan lain-lain.
Selepas segala kelopak berkembang, segala
stamen terbuka dan
segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi
sekuntum bunga yang
berkembang. Bunga yang berkembang dari
hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat
kealaman, menurut
Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat
alam kejadian, apabila
berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga
teratai. Ketika itu tangkai
akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup
adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran
sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah
sebagi lambang ‘Nur
Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai
yang berkembang adalah
sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak
bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai
menyatakan bahawa bunga teratai adalah
lambang kejadian alam dan lambang bentuknya
adalah suatu amalan
tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu.
Penggunaan motif atau
bunga teratai digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi. Menurut
beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga
teratai digunakan dalam
upacara tradisi dan mempunyai makna-makna
tertentu.
Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa
Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah ikut-ikutan budaya orang
lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-berzaman.Amalan mandi bunga juga
adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi
bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang merupakan ritual
orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk
antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’. Dinamisme ialah
kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis,
tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini
juga biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku
Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh
orang Jawa.
Di kalangan orang Melayu tradisional, ‘mana’
dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang difahami oleh mereka dalam insiden
‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya. ‘Mana’ bagi golongan tertentu
mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’
dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama baik golongan pawang dan
dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-Buddhisme,
mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil sebagai ‘berkat’ dan ‘keramat’.
Salah satu ramuan Mandi Bunga ialah limau yang
dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat.Limau bersama-sama sirih pinang
adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu
tradisional. Sebagai contoh:
1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri
daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.
2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi
pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan
dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.
3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’
diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas
kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di
bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan
kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan
daripada atas menerusi kain tersebut.
4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan
menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti
mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang
dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.
5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil
semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan
‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi
dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan
dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan
selamat dari bencana.
6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau
dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan
membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya
amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di
atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya.
Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat
tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu) dan bilangan
tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun),
ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ yang
akan membawa manfaat yang diinginkan. Oleh yang demikian, unsur kepercayaan
Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan apabila ramuan mandi yang
telah mempunyai ‘mana’ tersendiri disatukan bagi membentuk gabungan ‘mana’ yang
baru pula. Hasil daripada kewujudan ‘mana’ baru yang ‘lebih bertenaga’ ini,
maka dipercayai kononnya ‘mana’ pada orang yang melakukan Mandi Bunga juga akan
menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir, serta mampu
menarik lebih banyak tuah dan keuntungan.
Bau-bauan yang wangi dalam amalan Mandi Bunga
ini juga dipersembahkan kononnya sebagai bahan pengorbanan kepada
makhluk-makhluk halus yang akan membantu mengambil hati mereka. Maka apabila
perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat dan membawa sial akan
meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi Bunga itu. Makhluk halus
yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang dikosongkan oleh
makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat kepada pihak
tersebut.
Orang Melayu memang rapat dengan bunga dan
tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-bungaan tersebut.Jika kita lihat halaman
rumah orang Melayu di kampung-kampung,kita akan dapati pelbagai jenis bunga
biasanya ditanam oleh orang-orang Melayu di halaman rumah.Gadis-gadis Melayu
secara amnya memiliki naluri untuk menanam bunga di halaman rumah selepas
berumahtangga walaupun tinggal di perumahan yang sesak atau di flet-flet.Setiap
petang gadis-gadis Melayu ini tidak lupa untuk menyiram bunga-bungaan mereka
ini yang ditanam di pasu-pasu mahupun ada yang tergantung.
Lambang bunga juga dijadikan simbol kerajaan
Melayu Purba,malah menjadi motif bagi nisan raja-raja besar mereka.Bunga
Teratai dan Seroja selalu dipilih untuk menghiasi bahagian atas nisan-nisan
raja-raja Melayu.
Pada pintu gerbang kota juga lambang bunga
dipahat dan terdapat juga lambang bunga di meriam-meriam Melayu
dahulukala.Kegemaran bangsa Melayu menjadikan bunga sebagai lambang kerajaan
mereka diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati sebagai bunga
kebangsaan manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi negara.
Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat
Melayu.Dunia kedukunan Melayu tidak sah jika tidak menyertakankan wangi-wangian
ini.Selain dijadikan alat perbomohan,kemenyan digunakan di istana-istana raja
sebagai 'perfume' dan ia selalu dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah
buatannya.Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan
adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.Amalan membakar perasap dalam
amalan Hindu sebenarnya berasal dari Nusantara kerana pedagang India
mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari Nusantara.Ini tidak menghairankan
jika pembaca memahami hubungan terahsia orang Melayu dengan budaya
Vedic,Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua India beribu tahun
dahulu.Bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Ksatria dalam
agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.
Orang Melayu adalah bangsa bunga dan
wangi-wangian,dan ini adalah karakter misteri yang sukar ditelah oleh orang
lain kecuali Melayu sendiri.Setiap orang Melayu yang memahami rahsia bangsanya akan
tahu rahsia ini.Hanya orang Melayu mengenal rahsia Melayu.Gadis-gadis Orang
Asli yang gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka mengingatkan rahsia
yang terpendam dalam sejarah bangsa Mala.Di dalam dunia mistik Melayu,bunga
mendapat tempat yang teristimewa.Sebab itu di dalam pengkisahan Tun Mamat di
Gunung Ledang,penulisnya memilih karakter-karakter makhluk bunga untuk
menerangkan suasana mistik yang menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung
Ledang.Berada di taman bunga yang misteri di tengah hutan rimba,akan
menimbulkan suasana seram dan suara-suara delusi di fikiran Tun Mamat:
Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang
yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had
buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua orang yang naik itu, seperti akan
terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup; maka awan pun
seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu merdu
bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya. Maka Tun
Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di
dalamnya pel¬bagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini ada¬lah
didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambang¬annya, pelbagai rupa
jambangannya
segala mergastua dan segala kayu-kayuan di
dalam taman itu melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi,
pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang
berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam;
maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum;
maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:
"Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan
ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang
gemilang."
Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:
"Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada."
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
"Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap."
Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar
reneana taman itu, seraya berjalan ke Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun
bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut; di
atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain
pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia. Maka ia bertanya pada
Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?"
Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad,
dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Lak¬samana
dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba
disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?" Maka sahut perempuan
itu, "Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang;
nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada
tuan puteri."
(Sejarah Melayu)
Jika kita ingin memahami rahsia bangsa Melayu
dan segala alternya,'BUNGA' dan 'WANGI-WANGIAN' adalah katakunci (password)
untuk membuka peti-peti yang lain.Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara
dan Mala Deutro yang menetap di sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a
The Promised Land di mana mereka tidak berniat untuk meneruskan perjalanan ke
tanah nenek moyang mereka, tetap berhubungan sama ada melalui budaya atau
perdagangan.
Pada tahun 600 Sebelum Masehi,seorang raja
Babylon kelihatan sedang duduk termenung memikirkan satu masalah
besar.Permaisuri barunya sudah 2 hari di dalam keadaan murung dan
bersedih.Adakalanya tidak mahu makan dan minum.Biarpun dipujuk
berkali-kali,namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,masih diam dan
bersikap dingin.
Akhirnya setelah disiasat oleh dayang-dayang
diraja,barulah Bukhtannasar (Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya
bersikap dingin.Isterinya itu merindui kampung halamannya yang jauh.Maka
selepas itu raja Babylon Bukhtannasar pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke
Timur untuk mengambil pohon-pohon besar dan benih-benih bunga terpilih untuk
ditanam di taman agung yang dirancang olehnya.
Siapakah gadis misteri bernama Amuhia
ini?Mengapa raja agung Babylon sanggup membina Taman Tergantung Babylon
semata-mata untuk menanam bunga-bunga kesayangan gadis misteri ini?
No comments:
Post a Comment