Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat
dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini
kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang
terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.
Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel
'Alter Terahsia Bangsa Melayu'
Selamat membaca
-M.O
The Lost Fragrance in The Promised Land
"But while he was still living, he gave
gifts to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis 25:6 New
International Version)
Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji
sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari
dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan
bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti
dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan
dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di
mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama
lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu
bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui
berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata
Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal
dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid
dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan
Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di
beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan
Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah
oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi
berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan
mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan
Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan
pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH
ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di
seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri
ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant'
bangsa misteri ini.
Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah
diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan
tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian
dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum
dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan
yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan
Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan
tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan
menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah
membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien,
Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau
menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak
yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke
Kepulauan Melayu ini.
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda
yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain
telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari
terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa
perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar,
Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut
di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi.
Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa
bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa
bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah
pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E.
Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan
bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping
keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu
(terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari
India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan
pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam
bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa
ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia
Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa
struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan
adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu
dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan
adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau
mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K.
Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam
dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang
bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan
Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat
penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan
bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari
Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau
berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini
tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui
daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang
melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa
pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah
kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa
Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu
Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya
daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden
berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba
yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga
memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan
daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat
hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal
daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu
Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan
orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang Negrito
Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum
perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah
ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah
yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini
dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak
tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian
mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan
zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada
tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang
Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) Melayu-Proto
Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang
Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama)
diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai
Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada
orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,
membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka
berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(c) Melayu-Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang
dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka
dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada
Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai
Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan
sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman
sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan
Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di
sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan
sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.
Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah
pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya
sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti
ketika itu ialah animisme.
Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd
telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa,
Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang
tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa)
dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan
bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di
Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa
bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam
abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami
perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan
bahawa:
(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa
induk daripada bahasa yang lain.
K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap
perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia
Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia
serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang
membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa
Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam
kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan
Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang
berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia,
Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang
berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai
persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada
bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan
historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi
mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang
kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden
(1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern
(1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan
bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa
Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang
sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan
geografis".
Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang
Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau
Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus
ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara
perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi
pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu
daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung
berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah
dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa,
Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.
Pintu Rahsia
Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia
dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara
evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang
lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang
lalu.
Pada masa pramanusia dan manusia yang
sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal
ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia
Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga
kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia,
orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang
Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa ini berpisah dengan
berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang
Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah
timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba
bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami
Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah
utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der
Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum
R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu,
walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut,
memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang
sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan,
dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa
Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan
Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar
(terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan
bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa
yang terdapat di Asia Tengah.
Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh
disimpulkan seperti ini:
-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti
China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi
bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.
Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa
pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji
tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern
tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat
daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.
Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di
Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat
kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut
mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia
Tengah.
Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik
memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam
Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula
ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini
tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah
membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau
Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat
dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta
(Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan
Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak,
dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang
termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia,
Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak
langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak
ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya
bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi),
dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia
Tengah.
Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu
dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur
bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa
bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang
berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih
nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang
melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya
agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil,
Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa
di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang
menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan
Polinesia.
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula,
penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa
manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:
1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini
berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira
600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan
fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia
kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan
beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan
penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai
Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh
kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika
betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu
dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa
keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang
mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar
seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.
RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH
Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari
salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam.
Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut
Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai
bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning
langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang
terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana
asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir
Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon
dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China
seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.
Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan
selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat
(yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang
Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan
ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)
Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun
keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang
disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya
bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi
pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah
keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh
bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah
mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di
mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan
Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti
Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia
Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi
perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi
Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA
pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.
Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih
menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa
purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon
(termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia
telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan
dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa
yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan
yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka
berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar
dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang
telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup
mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal
di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah
terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar
mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos
rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap
pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka
secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan
berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli
agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan
perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang
berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan
yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh
menimbangkan dua petunjuk misteri ini,
*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat
Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi
Nuh?
'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat
menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan
rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di
sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang
belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan
Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu
nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami
pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar
Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting
selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah
terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi
arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA
dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina
tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia
yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui
yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati
asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang
sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas
itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan
hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang
dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang
lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui
menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu
karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.
Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak
sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi
dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat
pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo
matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi malah
berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah bercawat,dan
masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk
tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes antropologi
lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika.Kes
unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun
dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum
konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah
seperti Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah
Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang
lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher
Columbus.
Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada
pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan
bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa
Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini akan membuka satu
persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum
Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya
berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti
kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti
Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah
HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama
dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh
a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia
termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan
Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan
kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di
mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung
dunia 'Semenanjung Emas'.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu
kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik
seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa
Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang
berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika
mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan
Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari
mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke
kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum
ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.
Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia
1:1 Adam, Sheth, Enosh,
1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered,
1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth.
1:5 The sons of Japheth; Gomer, and Magog, and
Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and Tiras.
1:27 Abram; the same is Abraham.
1:28 The sons of Abraham; Isaac, and Ishmael.
1:29 These are their generations: The firstborn
of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and Mibsam,
1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad, and Tema,
1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These are the
sons of Ishmael.
1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she
bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the
sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.
1:33 And the sons of Midian; Ephah, and Epher,
and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the sons of Keturah.
1:34 And Abraham begat Isaac. The sons of Isaac;
Esau and Israel.
1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel, and Jeush,
and Jaalam, and Korah.
1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi,
and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek.
1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah, Shammah,
and Mizzah.
(1 Chronicles 1 New International Version)
Petikan di atas adalah dari Kitab Riwayat dari
Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari Nabi Adam a.s hingga
kepada anak keturunannya yang membentuk bangsa-bangsa di dunia.Nama-nama di
sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada yang merupakan
gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di mana
menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa
Kaukasian-Eropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang
disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh
para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan
Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi
sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada
Nabi Yaakub (Jaacob).
"Dan sesudah Ishak (lahir pula)
Ya'qub." (QS. Hud: 71)
Perhatikan ada di antara nama-nama disini
bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada namanya
juga menjadi nisbat kepada bangsanya.
"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar
seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS.
Hud: 75)
Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah
a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan
Keturah.Keturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam
upacara ritual.Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin
besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada Nabi
Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang
meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'.Nabi Ibrahim amat bersyukur
kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah selepas
kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan
nyaris dianggap mandul.
"Sungguh menghairankan, apakah aku akan
melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun
dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)
Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi Ibrahim
setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti Hajar
dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Ibrahim ketika
usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.
Namun perintah Tuhan Yang Esa menghendakinya
sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia, melakukan tugas penting
seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran
dan tanggungjawab dan nama baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul
Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda dengan tabah dan
bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah s.w.t
menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi
ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api
besar,pertelingkahan dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail
serta perintah pengorbanan anaknya Ismail.
"Dan tidak ada yang benci kepada agama
Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami
telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benar-benar termasuk
orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)
Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun
adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa perpindahan
Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban.
"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya
aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu.
" (QS. ash-Shaffat: 102)
Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk
melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini.Satu misi
TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari,yang
tersembunyi.
"Abraham took another wife, whose name was
Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan
was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the
Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah,
Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."
(Genesis 25:1-4)
Nabi Ibrahim pun memanggil anak-anaknya dari
Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda
mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan
tumbuh sebagai anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka
serta sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur.Nabi Ibrahim berpesan
sesuatu kepada mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi Ibrahim tahu yang
dia tidak akan hidup lama lagi di dunia ini.Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa
yang menciptakan dirinya.Kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada
wajah anak-anaknya.Episod pilu berulang kembali.Tiba-tiba baginda terkenangkan
peristiwa ketika baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang
yang terasing.Saat Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka
berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka
peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia terus saja menunggang unta bersama istri
keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat menyengat dan mereka berada
ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang. Sepanjang perjalanan itu,
tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Ibrahim. Dikuatkan hatinya
untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada akan menganiaya hamba-hamba Nya,Nabi
Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ditengan padang
pasir.
Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim A.S
meninggalkan mereka.
Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang
mengherankan itu lalu bertanya;
" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami
berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali,
tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.
Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah ini memang
perintah dari Allah SWT ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti
Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun
di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan.
Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah
memerintahkan hal itu, bukankah padang pasir itu kering ditambah lagi, saat
ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum keluar.Tapi Nabi
Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah.
Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya. Setelah 6
bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih
sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan
mengikat tali unta disebatang pohon kurma.
Siang itu matahari begitu panasnya membakar gurun
pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit tenggorokannya tak ia
hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana caranya memberitahukan kepada
isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar diturunkan, Ibrahim
bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa aku akan
ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau
meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan
ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang ini".
"Tidak istriku, bukan karena
dosamu,"jawab Ibrahim”
"Kalau bukan karena dosaku, bagaimana dengan
anak ini? anak ini tidak tahu apa-apa,tegakah kau tinggalkannya?" balas
Siti Hajar
Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya."
Bukan itu maksudku.Tapi apa dayaku ketahuilah ini semua perintah
Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar terdiam.Terbayang
penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya apa Hikmah dibalik
semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah tinggalkanlah kami
disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela
kami ..satu pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar Allah menolong
kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi terharu. Isterinya Hajar memang wanita
pilihan lantas Ibrahim berdo'a sebagaimana ditulis dalam AlQur'an,surat Ibrahim
(14) Ayat 37;
"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati
mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia tertarik kepada
mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur
kepada-Mu."
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman
di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS. Ibrahim: 37)
Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan
keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati suami mana yang sanggup
meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang jaraknya enam bulan
perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada Allah, perintah
itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan
anak dan istrinya kepada Allah SWT.
Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri
"Jika itu yang Tuhan perintahkan kepada
ayahanda,kami sanggup melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan
rahmat dan kasih sayang-Nya"
Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala seorang
anaknya bersuara demikian.Lega hati Nabi Ibrahim mendengar kata-kata
anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah
s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya.Baginda kelihatan
mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama sendiri.Apa yang ingin
dilakukan oleh ayahanda mereka?
"Abraham left everything he owned to
Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and
sent them away from his son Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)
Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang amat
berharga kepada anak-anaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan
Keturah.Kunci-kunci rahsia.Atau permata.
Emas.
Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau tanda
menunjukkan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf Rasul
yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-cari,diburu dan didam-idamkan
kawan dan musuh.
"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam
yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali
bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an-
Nahl: 120)
Maka mereka pun bergerak ke arah Timur.
Merentasi padang pasir dan kota-kota
Akkadia-Babilon.
Di satu tempat mereka pun berhenti dan merancang
sesuatu.Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca kembali
satu persatu.Mereka pun berbincang.
Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua
kumpulan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment