Wednesday 19 June 2013

Melayu tu Bangsa Yang Hebat ke?

Melayu tu Bangsa Yang Hebat ke? Ramai orang yang memperkecilkan keupayaan orang Melayu dan kegagahan bangsa Melayu pada amnya. Kegagahan disini merujuk kepada tamadun bangsa Melayu, daripada segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Blog ini ditulis, dengan menetengahkan kehebatan2 bangsa Melayu pada zaman2 silam, supaya orang Melayu yang merasa malu dan hina dengan tamadun dan diri mereka sendiri. Disini, saya hanya mengambil tulisan2 daripada pelbagai blog yang menulis mengenai kehebatan orang Melayu pada masa silam. Tetapi, kebanyakkan kehebatan orang Melayu tidak dibesarkan2, malah seperti cuba ditutup, dilenyapkan dan dilupakan.

Disini, saya dapat melihat, orang2 Indonesia yang juga terdiri daripada rumpun orang Melayu mulai sedar akan kehebatan bangsa mereka pada waktu silam. Mereka sekarang didalam euphoria dalam mewar-warkan kehebatan silam bangsa Indonesia atau rumpun Melayu secara amnya. Sesungguhnya, bangsa Indonesia tidak pernah wujud, melainkan setelah negara Indonesia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1945, barulah mereka merujuk diri mereka sendiri sebagai orang Indonesia. Tetapi, bangsa Indonesia dan bangsa Melayu Malaysia, dari dahulu selama beribu2 tahun adalah bangsa yang sama. Cuma mereka telah cuba dipisahkan oleh sempadan politik oleh kuasa barat. Ini kerana bangsa Indonesia dan bangsa Melayu Malaysia mempunyai rupabentuk fisikal yang serupa, warna kulit yang serupa (sawo matang), bahasa yang serupa (Bahasa Melayu), agama yang serupa (Islam) dan budaya yang hampir serupa.

Tetapi, sayangnya, orang Melayu Malaysia, ramai yang tidak sedar akan kehebatan silam bangsa mereka yang telah digelapkan penjajah Inggeris. Dan tidak banyak artikel2 yang ditulis oleh penulis2 orang Melayu Malaysia, dibandingkan dengan orang Melayu Indonesia. Blog ini cuba mengumpulkan semua kehebatan orang2 Melayu, sama ada di Malaysia atau di Indonesia, supaya kita dapat berkongsi ilmu dan berkongsi idea.

Kuasa barat cuba memisahkan dan memecah belahkan bangsa Melayu dengan sempadan politik. Mereka telah berjaya memecahkan belahkan bangsa Melayu kepada  negara2 berikut iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Cambodia, Vietnam, Timur Leste, Australia dan New Zealand.

Bangsa Melayu di negara2 berikut iaitu Thailand, Singapura, Cambodia dan Vietnam, yang dahulunya merupakan tanah2 bekas bangsa Melayu, telah menjadi bangsa minoriti apabila mereka diusir atau dibunuh secara peperangan atau secara politik oleh bangsa2 Asia yang lain.

Bangsa Melayu di Filipina dan di Timur Leste pula telah berjaya dikristiankan oleh kuasa Sepanyol dan Portugis, yang dikenali sebagai negara2 Latin. Dan mereka kini mengamalkan budaya, cara hidup, bahasa dan agama Latin. Mereka ini telah difilipinakan, yang bermaksud mereka ini dahulunya orang Melayu sekarang telah menjadi seperti orang Amerika Selatan, dimana mereka telah menganut agama Kristian, mengamalkan cara hidup dan budaya barat dan mempunyai nama2 Sepanyol.

Disini, saya ingin mencipta satu istilah baru, iaitu "filipina", bermaksud "kristianasi bangsa Melayu". Jadi maksud istilah difilipinakan ialah orang Melayu yang dikritianasikan dan dilatinkan budaya dan cara hidup mereka. Sehinggakan, orang2 Filipina ini lebih dekat dengan budaya dan cara hidup orang Amerika Selatan, berbanding dengan budaya dan cara hidup orang Asia. Padahal mereka ini orang2 Filipina tinggal di benua Asia! Sehinggakan sesetengah orang Filipna sendiri mengaku mereka ini adalah bangsa Hispanic dan bukannya bangsa Asia!!!

Di Australia pula, terdapat kesan2 penempatan orang2 Melayu di sepanjang pesisiran pantai Australia! Orang Melayu memang ramai tinggal di utara Australia seperti kawasan Darwin, yang cuacanya hampir sama dengan cuaca Asia Tenggara yang panas dan lembab. Tetapi hampir tiada artikel atau berita mengenai mereka langsung sebelum kedatangan bangsa putih bekas banduan dari England ke Australia. Sama ada mereka diusir atau dibunuh beramai2, seperti mana berlaku terhadap orang Amerika India di Amerika Syarikat, Wuallahuallam.

Di New Zealand, orang Maori yang juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu, telah dinegrokan. Dinegrokan bermaksud, dikritiankan dan mengamal cara hidup, budaya dan nama orang Inggeris, seperti mana orang Afrika atau Negro di Amerika Syarikat, yang dulunya bukan beragama Kristian, bukan berbahasa Inggeris, bukan mempunyai nama Inggeris dan bukan mengamal cara hidup orang Inggeris.

Tetapi, walaupun setelah beratus2 tahun mereka cuba hendak memfilipinakan, mengnegrokan atau menghapuskan terus bangsa Melayu di bumi Malaysia dan Indonesia, tetapi usaha mereka telah gagal. Saya percaya, orang Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia itu adalah satu bangsa, satu negara dan satu tamadun yang hebat. Jom kita bersatu untuk kembalikan kehebatan nenek moyang kita dahulu. Panji2 hitam mula bergerak dan menakut-nakutkan musuh-musuhnya, bila bangsa Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia bersatu!!!

Usaha musuh2 Islam dan Melayu untuk terus melemahkan dan memecah belahkan bangsa Melayu telah gagal. Hanya dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan tahu mengenai sejarah bangsa Melayu yang hebat pada waktu silamnya, barulah wujudnya kesedaran dan keyakinan dalam diri setiap orang yang berbangsa Melayu untuk bersatu padu. Tidak kira sama ada kamu ini orang Melayu, Jawa, Batak, Minang, Bugis, Sulu, Moro, Champa dan sebagainya. Tidak kira juga sama ada kamu ini adalah Melayu Malaysia, Melayu Thailand, Melayu Singapura, Melayu Cambodia, Melayu Indonesia, Melayu Filipina, Melayu Brunei atau sebagainya. Bila semua Melayu bersatu, atas sifat kemelayuan dan Islam, kita bakal mengoncangkan dunia!!!

Bayangkan, jika kita atas sifat kemelayuan dan Islam, boleh menyatukan negara2 berikut menjadi satu, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Timur Leste, Cambodia dan Vietnam. Kita akan menjadi kuasa dunia!!!


Salam daripada The Mahadi....

No comments:

Post a Comment