Menyusuri jejak-jejak Melayu sehingga ke Emperor
Cambyses di Parsi dari haluan Sungai Mekong...
-Rahsia Sungai Mekong
-Jayavarman,Sailendra dan Khmer
-Angkor Wat dan Borobudur
-Dari Cambyses ke Kemboja
-Funan dan asimilasi Viet dari Mala Laut
(Indonesia)
-Tatabahasa Veda dan Avestan
-Hyperborean,Aryan dan rahsia Hitler-Nazi
-Operasi rahsia Nazi di Tibet mencari bangsa yang
hilang
-Catatan-catatan pengembara Eropah
-Kapal-kapal Bangsa Mala
-Siapakah Bani Jawi?
-Misi Terahsia Bani Jawi
Jejak-jejak Melayu semakin
mendebarkan!!............
-------------------------------------------------------------------------------------
Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu
itu?Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost
Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari
siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam
tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya
bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua
Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di
hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan
berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun
Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan
jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih
adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak
tidur!
At World's End
Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi
mereka ingin berjalan?Begitu teguh azam mereka.Begitu berani lelaki-lelaki
mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji,begitu setia wanita-wanita
mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan.Tidak terdaya
kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju.
Kemana mereka ingin pergi?
Dimanakah mereka ingin tujui?
Tunggu!
Tunggu aku!
Aku ingin ikut kamu!
Jangan tinggalkan aku!
Ke mana kamu semua ingin pergi?
Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!?
Tidak seseorang pun mahu berkata-kata.Tidak
seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut
langkah ketua mereka.Semakin laju.Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka
pun langsung tidak diketahui.Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun.
Lalu terjatuh.Mata hanya mampu memandang
wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang bangsa pengembara itu.
Mereka semakin jauh di hadapan.Diri ini masih
merangkak-rangkak melambai-lambai ke arah mereka.
Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut
pun merintih...
"Kenapa tinggalkan aku...?"
Wanita terakhir di barisan paling belakang
tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua mata saling bertentang.Redup matanya
menggamit misteri yang paling aneh.
Wanita Melayu Terakhir.
Jika itulah nama yang ingin diberikan
kepadanya.
Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke
hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa
mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan.Terjelepuk di dalam misteri
dan persoalan.
Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik
halus sahaja.
Badan yang masih lemah dihayun ke
depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih kejam menyiksa diri ini.Kesendirian
di tengah-tengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta dan airmata.
Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun
di atas tanah gersang.
Sehelai selendang berwarna merah.
Di atas selendang tersulam cantik satu huruf
rahsia yang aneh.Huruf yang dilihat dari jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno
tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam tulisan Arab.Seakan-akan juga
sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.Unik sekali.
Selendang yang ditinggalkan gadis misteri
dicium.Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan
lelah.
WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH
Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui
tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi di sebalik cita-cita
Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan Nationalsozialistische
Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah Hitler?Apakah
kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?
Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang
ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga ingin menjejak bangsa ini,apa
tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa ini.
Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril
Society dan Kultus The Black Sun.Mereka adalah 'secret societies' (rujuk
organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya politik Hitler.Siapa
sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler yang atheis dan materialis
tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan dengan
Kabbalah.
Hitler diketahui amat meminati mistik dan
agama-agama misteri kuno.
Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika'
di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha memiliki
pengertian masing-masing tentang swastika.Nazisme adalah fahaman ciptaan 'The
Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka panjang:menubuhkan negara
Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu
adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka dibunuh bersama-sama bangsa
kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor
mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA MENJADI KORBAN KEPADA
BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis Laknatullah hauskan darah manusia
untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan takhta 'anaknya' Dajjal
Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.
Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang
hilang?
Jean-Claude Frere menulis;
"The sons of the Outer Intelligences
split into two groups, one following the ’Right Hand Path’ under the ’Wheel of
The Golden Sun’, the other the ’Left Hand Path’ under the ’Wheel of the Black
Sun’. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of
contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly
created a new place of initiation at Shambhala, the city of violence in command
of the elements and human masses, hastening the arrival of the ’charnel-house
of time'."
Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés
Secretès’ ini,bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih
6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru,yang digelar
Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi dan permukaan bumi telah
musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah bumi.Legenda
menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah kepada
dua:
-satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap
dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang.
-kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana
mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru,di kaki gunung Himalaya.
Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa yang
hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti atau satu daya misteri yang
digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan mentadbir negara.Semua
mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai hamba baru
mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman seterusnya
mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United Nation
dan akhirnya penubuhan negara haram Israel.
Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak
diketahui ramai.Rahsia yang amat terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet.
Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun
diketahui bahawa Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke
Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan Hitler .Mereka cuma dapat
mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau bangsa Super-Aryan yang
hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan mempelajari mistik
orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya 'The Black Sun'
bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya pemerintahannya
semakin hebat dan bertahan lama.
Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu
mencari bangsa Aryan yang hilang?
Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari
ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan
meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara
Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang sesat tetap
sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata
keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis
Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w
dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan
perwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi
sesetengah orang Islam sendiri yang mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya
Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!
Kesemua keturunan Rasullullah yang
berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat
DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi
terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos
berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol
dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian Presto John
yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur
Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak
pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah
pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara
Arab?
Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli
bait lari ke Timur Jauh!
Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali
musuh baru mereka!
Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari
Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai dan budaya Vedic-India dan Melayu di
Nusantara.
Apa yang ingin mereka cari di Tibet?
Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa
ini yang setakat ini dapat dijejaki hingga ke kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler
tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka mungkin menemui jejak bangsa
Mala di puing-puing kaki gunung Himalaya tetapi tidak diketahui ke mana
seterusnya.KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah tiada.Mereka menemui
SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la'
mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan
di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang
lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah
bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age
yang pertama.Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para
Kabbalis dan Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG
HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan
membunuh diri (atau dibunuh?).
Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung
(Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu
destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana
di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan
bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang
bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika
ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi
Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM
KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang
hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya
keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan
Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan
Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat
petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di
Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan
Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat
(Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian,
terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan
, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit
China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga,
sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang
asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di
Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di
Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika
dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen
telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red
Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'.
Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen
mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu
manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu
bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu
mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG
SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada
kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf
a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal
menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel
daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak
bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng
menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung
(termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari
kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. .
Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA
yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM
baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam
kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari
Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di
dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh
(Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang
hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat
bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen
menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip
kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno
'Malai' adalah nama yang disebut dalam
manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan
Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa
ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan
mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini
disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit,bahawa salah satu suku
terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan
kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda
bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa
etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan
mereka berperawakan tegap dan tampan.
Siapakah mereka?dari mana datangnya
mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku
Aryan yang lain, iaitu Mada.
Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia
adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.
Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada
bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini
dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia
dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini
dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama
gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika
keruntuhan Zaman Gangsa).
Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata
yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang
maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul
yang diangkat dari kalangan bangsa Mada,di mana ketika itu kemajuan material
telah melekakan bangsa Mada.
Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas
bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu
telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut
Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia
Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk
Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar
Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf
sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus
The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan
mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja Media (Madayu).
Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada'
(dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak
mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?
"Now the sons of Keturah, Abraham's
wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and
Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)
Bangsa Madayu adalah saudara kepada
bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa
keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada
'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang
ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk
kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang
boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam
slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk
kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.
Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri
lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.
Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak
Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa
Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu
itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh
perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak
mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN
ASIA YANG LAIN.
'MALAY IS TRULY ASIA'
Mungkin mereka betul.
Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal
ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul.
Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.
Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita
sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang
berbeza-beza.
MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA!
Kembali Kepada Ibunda Keturah
"Keturah adalah bonda kami,
wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha
Budi pekerti pekerma diraja
Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta
melapas dukka
sutramawarni
Keturah adalah bonda kami
seroja dilangit
kemboja berlayupan di darat
airmata hidangkan dengan senyuman
mentari jadi salju dedayu
Keturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu
bagai syurgaloka
seri dharma"
(Tiada bernama)
Jejak telah hilang di sini.Dimana kunci-kunci
rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali.
Kembali kepada bonda.
Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari
Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi
Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon.Dari
manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah?
Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang
berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini.
Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak.
Selendang wangi berwarna merah.
Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim'
dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa Melayu.
Tapi...siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip
kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah,
Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu
angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah
dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan,
Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas
kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas
Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang
dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah
yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan
Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang
diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik
Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis
juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama
Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan
dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan
ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian
di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa
(Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT,
YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI
ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau
melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH
BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.Sekiranya kita
lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil
dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau,
Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini
adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba
yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang
mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana
pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan
yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu
ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik
Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat
penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu
di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini
bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang
kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka
yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak
moyang Mala mereka)
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban,
kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili
kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai
peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada
keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu
Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang
serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita
menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan
misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi
persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun
Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim
a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan
Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh
mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi
berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah
moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi
penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?Ada misteri di situ.Sama
seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan
manuskrip peta-peta kuno,Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip
peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno
(ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar
manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala
mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa
asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke
kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan
kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu,
Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika
Latin.
Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland'
mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan
kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus
tahun itu.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad
berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa
Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia
telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka
ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini
kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas
(kemungkinan dari kajian setakat ini).
Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan
meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah
berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan. BUKAN UNTUK
MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.Bangsa Scythia diketahui umum
menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.Jadi kebarangkalian
untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.
Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan
Buddha
Di mana mahu kita mulakan?Pintu rahsia semakin
banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri
begitu membantu.
HURUF MIM YANG TERAHSIA
Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang
dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang
memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi
dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri
sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan
Parsi-India,lebih utara dari Bactria.
Ramai sarjana mempercayai agama purba
Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal.
Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum
Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu
keturunan diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam
bahasa Yunani ialah CAMBYSES.Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada
beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.
Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu
(Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The
Great menaiki takhta.
Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,
Nabi Ibrahim,
Jawi,
Cambyses
Kambuja
Scythia
Manessah
Mala
Malai
Mada
Mada-yu
Mala
Mala-yu
Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The
Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan
bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN
SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi
yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum
kulit putih) bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The Promised Land'
sebenar?
Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.
Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain
dengan 'The Promised Land'.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi 'The
Promised Land' yang ingin dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT.
TETAPI UNTUK DICARI.
Mengapa?Kerana 'The Lost Tribe' telah bergerak
ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah
mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah
dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum
satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang
diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu
dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam
yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua jigsaw
puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:
TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK
MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.
Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah
dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost
Tribe' telah hilang di Bumi Mala.Perkahwinan?Mungkin.
Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost
Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di
Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.
Ingat,ini bukan hendak mengatakan Melayu
adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan
Manessah atau 'The Lost Tribe'.
Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam
Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan
risau.Mereka telah lama tahu.
SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU
SAHAJA.IAITU DI SINGAPURA.Cuma Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di
merata dunia.
APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA
TAHU JAWAPANNYA.
Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan
Lucifer Illuminati telah dicantumkan.
DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.
Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui
setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari
jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu
adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s
hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak
dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.
Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:
Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah
(kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu
juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia)
bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar
mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI
MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.
Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:
Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam
Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli
Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan
identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini
semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak
ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).
TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG
DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.
Dimanakah sasaran mereka selepas ini?TIdak
perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat
menghala ke SINI.
Tinggalkan dulu 'pergaduhan adik beradik jauh'
antara Yahudi dan Melayu.
Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke
mana ayunan langkah mereka selepas ini.
Sungguh kuat mereka mengembara.Mahu saja
dibedung semua kaki mereka agar duduk diam sehingga diri ini tidak lagi
tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok
oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini.
Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah
menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat
puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum
Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai
hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum Sakya juga diketahui umum
sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja.Kaum Sakya juga
sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah
dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan
antara Kambuja dan Sakya.
Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti
Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul
Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh
Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.Satu
maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru I-Tsing di
Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari
India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru
kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di
Sriwijaya.Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari
seorang pendeta Melayu.Mengapa?Lihat pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama
Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi.Begitu juga
dengan penggunaan Dharma.
Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke-11M di
Tibet bertajuk
Abhisamayalamkara-nama-prajnaparamitopadesasastravrrtti-durbodhaloka-nama-tika,
yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau
adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya. Ulasan
ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa
berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa’i man ngag gi bstan bcos mngon par
rtogs pa’i rgyan ces bya ba’i ‘grel pa stogs par dka’ ba’i snag ba zhes bya
ba’i grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan
Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto,
terbitan Tibetan Tripitaka Research Institute.Perhatikan darjat 'Dharma'
dipangkal namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari
Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya pendeta
Melayu telah pun sampai ke Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha
di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak
tahu.Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa
Melayu-Jawa Purba.
Sakya adalah keturunan yang menurunkan
Siddharta Gautama Buddha.Kebetulan?Tidak sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan
sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni (bermaksud 'orang bijaksana dari
suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal
namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari
keturunan Sakya di Nusantara.
Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada
abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama
Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu.
Begitu juga misteri yang menyelubungi
Budidharma,pendeta misteri yang dikatakan sampai ke Shaolin Temple adalah
seorang Melayu beragama Buddha.
Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah
dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yáng Xuànzhī seorang penulis dan
penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:
"At that time there was a monk of the
Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian..."
Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting
bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan."A
Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia
Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?) menunjukkan bukan pendeta
India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.
Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah
bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan laut menuju ke Nusantara,lalu
dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di negeri Perak yang
terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada
yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.Ingat!mereka bukanlah mengembara
secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu
tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa
Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.Dari Yunnan
mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar
seperti Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah
Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum
pahlawan Kambuja.
Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa
bahawa Tamadun Funan yang diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu
Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah.Ketika kekalahan Funan di
tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka
Sailendra. Perkataan “Funan/Bnam/Phnom” mempunyai maksud yang sama dengan
perkataan “Sailendra”, iaitu “gunung/tanah tinggi”. Negara Vietnam masih
menggunakan perkataan “bnam” dihujung perkataannya. Mungkinkah bangsa Funan ini
merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara
sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep
kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4
dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang
pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai “Vietnam”
yang bermaksud “Gunung+Viet”, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman
mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini,
Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah
600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan
perkataan-perkataan Melayu Kuno.
SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA
GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"
Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika
ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di
Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan
dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.
SAILENDRA-GUNUNG
FUNAN-GUNUNG
NAM-GUNUNG
MALAI-GUNUNG
Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah
bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat.Para pengembara
dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini
menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho
De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan
saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.Dicatatkan dalam
Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke
Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama
Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.
Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di
dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke
8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama
dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean Pirates.Malah mungkin teknologi
kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa
yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam
agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.
*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu
pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung
beratap nipah?
Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol,
Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan
dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga
abad ke-16 M.
Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat
dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal
yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.
Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran
terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu
yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan
pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.
Catatan Belanda menyebut teknologi meriam
Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada
abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu
Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi
gagal.
Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan
meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah
lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi
perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun
merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut
Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi
peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini
menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa
apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka
menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka
adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan
lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.
Bangsa ini terus mengembara hingga ke
Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja
bernama Mus,telah mendarat di Sungai Musi,Palembang."Musi" bermaksud
'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati
ramalan-ramalan dan petunjuk tentang 'The Promised Land'.
"akan melalui lorong sempit,hingga sampai
ke hujung dunia"
Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari
bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia "The Land of The
East" berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di
sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama
semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-peperangan
di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit
dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut
salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan
damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup
baru bagi bangsa hebat ini.
MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE 'PROMISED LAND'
Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini
bertemu.Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan
Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan
darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu).Mereka adalah
serumpun dan bersaudara.Sudah lama mereka terpisah. Mereka berpelukan dan
menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini.Mungkin
cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di
situ.Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di 'Tanah Yang Dijanjikan'
The Land of The East'
Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa
Jawi mula berehat dengan amannya di sini.Apa perlu berperang dan membina
negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di
Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota.
Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang
tetap bersembunyi di Bumi Mala.
Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa
lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang Esa.
Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di
Bumi Mala.
Hindu
Buddha
Islam
Sampai di sini bangsa misteri telah menemui
permata yang hilang sejak ribuan tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda
Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian.
Portugis
Belanda
Inggeris
Falsafah 'cukup makan' semakin popular apatah
lagi setelah dijajah oleh Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa
sendiri.Tidak bersemangat.Layu.
Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik
sendiri.
Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri.
Sampai Israel mengarahkan meriamnya di
Singapura ke atas bangsa yang hilang ini.
KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.
Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana?
Pada huruf 'mim'
Bangsa Terbaik,Agama Terbaik
Mim itu Muhammad,Mim itu Mala
Apabila bangsa ini menghayati agamanya
sendiri,maka akan terangkatlah
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
No comments:
Post a Comment