-Rahsia bangsa Bunga dan Wangian
-Ekspedisi para Firaun
-Bangsa mistik bunga-bungaan
-Apa yang dipelajari oleh para Firaun dari
mistik bangsa bunga?
-Kemenyan,Keturah dan Qathura
-Teori Ibnu Athir
-Gadis Suci Wangi-wangian
-Seroja dan Kemboja
-Emperor Cambyses dan Iran Kuno
-Ke manakah saudara-saudara Mala yang lain?
-Scythia dan Madayu
-Puteri Bunga dari Timur Jauh
-Ramayana dan Mahabharata
-Peperangan di antara raja-raja Babilon dan
Mala
-Budaya Vedic di Benua Kecil
-Kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman
-Negarakota-negarakota Bangsa Mala
-Empayar-empayar Melayu di The Land of Gods
-Warisan dari Emperor agung
-Brahman dan Saraswathy
-Petunjuk ke-7 dan ke-13 dari bunga dan
wangi-wangian
-Wasiat Terakhir Abraham
-Pencarian Tanah Wangi-wangian
-The Guardian of The Promised Land
-Amuhia,puteri Madayu atau Malayu?
-Sekuntum bunga buat Emperor purba di Babylon
-Cinta Gadis Misteri
Peti rahsia semakin menyebarkan harum-haruman
misteri!Nantikan di MistisFiles!!
------------------------------------------------------------------------------
Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang
kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu 'trademark' wajah
mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu adalah yang paling
'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita terbalikkan perkataan ini
kepada 'antara nusa',apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin yang tercetus
adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda mendengar istilah 'nusa
bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan
juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan
interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea
(Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir
Kuno,Chaldea,Parsi,Babilon,Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani
tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan
tidak bertemu dengan tamadun-tamadun lain.
Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann
Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya
pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya
ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit
kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana
penerangannya tentang warna kulitnya ialah:
"...a brown color, from olive and a clear
mahogany to the darkest clove or chestnut brown."
Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun
dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di
Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?
Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon
Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari
perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa
misteri:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh
menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil katakunci 'Laut'.Ini akan membawa
kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography
(kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah
ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita
menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina
kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.'Gunung' akan membawa
kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana
banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera
dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan
katakunci lain seperti 'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix
'nung' dan 'nom' dan 'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau
bukit.Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.'Wangsa'
adalah gaya purba bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan
huruf 'b' dalam bahasa Melayu Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan
'bulan'.Perkataan 'titiwangsa' bermaksud 'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan
antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan
sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara'
dengan 'Titiwangsa'?
Kita ambil katakunci ke-7 iaitu
'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya dengan 'bangsa'.Nusantara bermaksud
'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam konteks dunia hari ini.Sebab
itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini dengan Nusantara,kerana
betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya.Walaupun berbilang
kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno) telah menjadi lingua franca
dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja Melayu dan Jawa
dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa
perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu
bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa
Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham
siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham mengapa
kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa
Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah
lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer
dan Angkor mencedok budaya Kejawaan Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan
kesenian mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks
agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai
beragama Buddha ( manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala)
beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.
Empayar dan Negarakota Bangsa Mala
Jika kita perhalusi segala misteri ini dan
mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau
Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja?Bangsa
Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.Mereka suka
menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu padu.Kaum Tai
misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan
sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di
wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat
dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui
masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa
Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan
berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik
China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah
Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan
maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang
menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di
Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini
tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata
sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari
wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di
tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika
itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.
Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang
membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri
Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam
budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah
dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua
India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik
Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu
(etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan
Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem
Bollywood.'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh
Aditya Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu
yang bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu
'cinta'.Kaum India yang dibawa British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik
Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia
(Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu;tepatnya diistilahkan
sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida (sistem ini memang
kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah etnik yang
dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan tentang
filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang
berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India
dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan
bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya
Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi
industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya
berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya
jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.
Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak
menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di
kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji
adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa
Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim
yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi
mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan
bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari
Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah
Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi
keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke
Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah
nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti
Keturah.
"Abraham left everything he owned to
Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and
sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST"
(Genesis 25:5-6)
Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang
baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya
membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah
Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman
di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. "
(QS. Ibrahim: 37)
Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa
keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.
Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa
Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria
yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di
Nusantara.
"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism
faith, the Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern
China and elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with
the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays
intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became
to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the
Malays".
(Kambojas and Malays)
Perkataan 'colonial Kambujas' dan
'Indo-Persian royalties' adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa
budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu
(Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika
itu.'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa
yang mengembara'.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN
SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi
dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali
sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu
dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu
bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa
lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa
Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa
penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan
seni.Bangsa ini juga menjadi 'Indo-Persian royalties' menunjukkan mereka dari
kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci
menunjukkan budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita
mengambilkira pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat
ada dua,pertama pandangan orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan
sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang
Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah
bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita
faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola
empayar-empayar di Nusantara ini.
Jika kita kaji pola yang terdapat di antara
kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak
rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian
seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah penganut Buddha.Manakala
kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti Funan dan Champa
adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama
Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri
asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan
Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami
zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah 'Indochina' merujuk kepada 'Indo'
iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan 'China' iaitu
etnik-etnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya adalah
kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti
Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan
sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua
terawal berinteraksi dan berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina
selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi
linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.
*Kostum raja dan ratu Jawa Kuno
Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa
Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan
Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di
Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di
Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah
kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori tentang
Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja
untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa
untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah
naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti
Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah
mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA
ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI BALI
terutamanya pada 'headgear' mereka.
*Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah
ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam istana Sailendra,perhatikan
'headgear' mereka.Juga persamaan kostum mereka.
Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah
dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi kaum Khmer pada hari
ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa dahulu.Angkor Wat misalnya
masih menimbulkan misteri adakah benar-benar Survarman II yang membinanya.Ada
kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir pada salah satu tembok
menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan kerajaan Judea.
*Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar
atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa
Empayar Khmer adalah empayar kedua
terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya sebagai
Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan
Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat
pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama
menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari
utara.
*Atas adalah penari Khmer manakala di tengah
dan bawah adalah penari Bali.
Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno
Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar
Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk
kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat
luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan
Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan
Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.
Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari
ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini
bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan
segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-kira 851 M,seorang raja
Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas
pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan
perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh jajahan berangkat
menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini
terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.
*Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah
patung dari Angkor Thom
Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan
Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang terdiri dari
etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon adalah kaum
selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama dengan Proto
Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan
memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau
Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti
Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah
Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.
Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati,
Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum
Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang
tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang dibina oleh
kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan Panduranga.Kaum Cham
mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh.Hari ini di
Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan
wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih terdapat
nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti Kampong Siem.
Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara
Cham yang penuh misteri itu.
*Cham Tower,antara senibina Melayu
Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar monyet di
gua-gua?
Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan
Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai
yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok
budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah
mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang
ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan
yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran
Hindu diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah
Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India
Selatan.Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai
kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan
Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan
Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah
berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid
yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA
'PUZZLE' INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old
Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan Avestan yang lain
membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham
(Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.
Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip
Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini tercatat dalam Prasasti
Kedukan Bukit:
"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi
suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di
saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minanga tamwan
mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan
sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di
pancami suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua ….. Sriwijaya
jayasiddhayatra subhiksa"
Maksudnya:
Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada
sebelas
hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda
naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda
berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa
dengan
... dua ratus pawang di kapal dengan yang
jalan kaki seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di
Matajap
suka cita. Pada lima hari bulan terang dari
bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua ...
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan
yang makmur!
Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari
negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah
ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa
pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan
pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu
Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya
ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa
Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan
bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.
I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada
lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau
bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari
ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada tahun 685
kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan
menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689
kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan
kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang
akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.
Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya
membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola,
menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya
untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini
menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan
India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada
masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang
mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga
tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua
pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera
merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar
pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut
sambil mencium bumi di hadapan gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta
tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik
dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala pendeta Melayu ini.
JIka kita memahami misteri yang menyelubungi
Nusantara setakat ini,kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di
dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di
dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan dunia sebelah
sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka.Bangsa yang duduk
di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang
tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu malam,bintang-bintang adalah
kompas dan peta yang besar.Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah
biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar
dengan kedudukan bintang-bintang Orion.
Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita
setakat ini,mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde
iaitu Daniel Kaplan.
"Abraham was 99 when Sarah gave birth to
Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was
Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar. Some even say
that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the
highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God
told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the people
will be blessed.'"
(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I'm Coming
Home)
No comments:
Post a Comment